ABDUL KARIM RAHMAN HAMZAH

Maklumat Diri
Tarikh lahir
15/5/1960

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dilahirkan pada 15 Mei 1960 dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dibawah Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Beliau adalah Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak merangkap Naib Presiden PBB.

Abdul Karim juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya selama dua penggal setelah menang dalam Pilihan raya DUN Sarawak 2011 dan 2016.

Dalam pada itu, beliau juga dilantik sebagai Presiden Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) pada 19 September 2020.

Beliau menggantikan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang enggan dicalonkan semula sebagai Presiden pada mesyuarat agung tiga tahun sekali (TGM) ke-16.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak (2017-kini)
  • ADUN Asajaya (2011-kini) 

Jawatan disandang dalam politik;

  • Naib Presiden PBB
  • Presiden Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) (19 September 2020-kini)
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Gabungan Parti Sarawak
Parti: PBB
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sarawak 12

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sarawak 10- P197 Kota Samarahan N14 Asajaya
  • PRN DUN Sarawak 11- P197 Kota Samarahan N15 Asajaya
  • PRN DUN Sarawak 12- P197 Kota Samarahan N15 Asajaya