HASBI HABIBOLLAH

Hasbi Habibollah merupakan Ahli Parlimen Limbang sejak tahun 2008.

Selepas berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Limbang pada PRU ke-15, beliau kini dilantik sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan.

Beliau dilahirkan pada 2 Januari 1963 dari parti Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan kini menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan pada 10 Mac 2020. 

Sebelum ceburi dunia politik, kerjaya beliau adalah seorang jurutera sebelum dipilih ke Parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 bagi kerusi yang baru diwujudkan iaitu Limbang.

Amat disenangi masyarakat Limbang dan sentiasa turun padang bertemu penduduk, beliau berjaya mengekalkan kerusi pada PRU 2013 dan 2018.

Beliau mewakili Barisan Nasional selama 2008 hingga 2018, kemudian menyertai Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada 2018 hingga kini dan menyokong Perikatan Nasional.

Hasbi, yang merupakan penyandang kerusi Limbang, akan mempertahankan kerusinya untuk penggal keempat pada Pilihan Raya Umum ini selepas memenanginya sejak 2008.

Sebelum ini, pada PRU14, beliau menang menentang calon Pakatan Harapan Dr Ricardo Osmund Yampil Baba dalam pertarungan lurus dengan majoriti 7710 undi.

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kali ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu di antara calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Parlimen Limbang.

Hasbi Habibollah sah memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Menurut keputusan rasmi, beliau yang juga penyandang Parlimen Limbang meraih 14,897 undi meninggalkan pencabarnya yang lain dengan majoriti undi sebanyak 9,998.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Timbalan Menteri Pengangkutan pada 10 Mac 2020
  • Ahli Parlimen Limbang (2008-kini)
  • Jurutera

 

Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Gabungan Parti Sarawak
Parti: PBB
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU12- P221 Limbang
  • PRU13- P221 Limbang
  • PRU14- P221 Limbang
  • PRU15- P221 Limbang

Kerusi Bertanding DUN: Tiada