ROHANI ABDUL KARIM

Maklumat Diri
Asal
Sri Aman, Tanah Jajahan Mahkota Sarawak
Tarikh lahir
3/1/1955
Pasangan
Abdul Rauf
Anak
Mohamad Sharil Redzuan Abdul Rauf, 33, Intan Nur Suraya, 30, dan Farah Nur Shahirah, 25,

Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim merupakan Ahli Parlimen Batang Lupar merangkap penasihat khas Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dilantik pada Mei 2020.

Beliau mewakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dari Barisan Nasional(BN) dilahirkan pada 3 Januari 1955.

Sebelum ini, beliau pernah diberi tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (8 Mac 2008 - 3 April 2009) serta Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (9 April 2009 - 5 Mei 2013). 

Beliau juga merupakan wanita Sarawak pertama untuk mengetuai suatu kementerian penuh, iaitu Kementerian Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (16 Mei 2013 - 10 Mei 2018).

Berpengalaman dalam dunia politik sejak memenangi kerusi Parlimen Santubong pada 1990 dan terus bergiat aktif menyantuni masyarakat.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1994 dan 1999, beliau masih mampu untuk mempertahan kerusi Parlimen Santubong. 

Kemudian PRU Ke-11 pula, beliau telah bertukar kawasan bertanding ke Batang Lupar, Sri Aman Sarawak, iaitu tempat beliau dilahirkan, dan menang tanpa bertanding.

Pada PRU Ke-14, Rohani berjaya mengekalkan kerusinya di Parlimen Batang Lupar dengan memperoleh kemenangan mudah.

Dalam pertembungan tiga penjuru itu, beliau menentang calon Pas, Wan Abdillah Wan Ahmad @ Ustaz Wan Abdillah yang mendapat 3,927 undi manakala calon Pakatan Harapan (PH), Narudin Mentali hanya meraih 2,020 undi sahaja.

Beliau menang dengan kelebihan undi sebanyak 10,277.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Penasihat Khas kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg (Mei 2020-kini)
  • Ahli Parlimen Batang Lupar (2013-kini)
  • Kementerian Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (16 Mei 2013 - 10 Mei 2018)
  • Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (9 April 2009 - 5 Mei 2013)
  • Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (8 Mac 2008 - 3 April 2009)
  • Setiausaha Parlimen, Kementerian Pembangunan Luar Bandar(1999 - 2004)
  • Ahli Parlimen mewakili kawasan Santubong (1990 - 1999)
  • Biro Wanita, Kementerian Pembangunan Sosial, Kuching (1988 - 1990)
     
Pendidikan:
  • Bsc. Perniagaan Tani (Agribusiness), Universiti Pertanian Malaysia (1975 – 1979)
  • Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) dari Ohio University, Athens, Amerika Syarika
  • 'MBA Eksekutif' (Ahli Beta Gamma Sigma), Ohio Unversity Athens, Amerika Syarikat.
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: PBB
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P201 Batang Lupar
  • PRU12- P201 Batang Lupar
  • PRU13- P201 Batang Lupar
  • PRU14- P201 Batang Lupar

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Artikel Berkaitan ROHANI ABDUL KARIM

Video Berkaitan ROHANI ABDUL KARIM