NANCY SHUKRI

Maklumat Diri
Asal
Kuching, Sarawak
Tarikh lahir
5/8/1961
Pasangan
Kamil Misuari
Anak
Mempunyai 3 orang anak

Datuk Seri Nancy Shukri sah memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Menurut keputusan rasmi, beliau yang juga penyandang Parlimen Santubong meraih 43,739 undi meninggalkan pencabarnya yang lain dengan majoriti undi sebanyak 38,681.

Beliau dilantik sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Datuk Seri Nancy Shukri dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak dan kini menyandang jawatan sebagai Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan setelah dilantik pada Mac 2020 merangkap Ahli Parlimen Batang Sadong. 

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam Kabinet pada tahun 2013.

Beliau juga pernah memegang portfolio Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dalam tempoh beberapa bulan.

Dalam penglibatan politik, beliau memegang jawatan Penolong Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak, Setiausaha Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak dan Setiausaha Pergerakan Wanita Barisan Nasional.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, Nancy Shukri daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 14,208 undian ketika menentang Othman Mustapha @ Mos daripada parti Pakatan Harapan yang mendapat 1,880 undi. Majoriti undi sebanyak 12,328.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Santubong (2022)
  • Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (2022)
  • Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (2020-2022)
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (2013-2018)
  • Ahli Parlimen Batang Sadong (2008-2022)
  • Pegawai Undang-Undang, Ketua Bahagian Undang-Undang Dewan Bandaraya Kuching Utara (1992-2003)
  • Pengerusi Kaukus Wanita Parlimen (2008-2013)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Naib Ketua 1 Wanita PBB
  • Bekas Setiausaha WanitaPBB
  • Bekas Penolong Setiausaha Agung PBB
     
Pendidikan:
  • Sarjana Eksekutif Pentadbiran Perniagaan UiTM dan Universiti Ohio Amerika Syarikat
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dengan kepujian Universiti Hull United Kingdom
  • Diploma Pentadbiran Awam ITM Shah Alam (1985)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Gabungan Parti Sarawak
Parti: PBB
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU12- P200 Batang Sadong
  • PRU13- P200 Batang Sadong
  • PRU14- P200 Batang Sadong
  • PRU15- P193 Santubong

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Artikel Berkaitan NANCY SHUKRI

Video Berkaitan NANCY SHUKRI