RUBIAH WANG

Rubiah Wang merupakan Ahli Parlimen Kota Samarahan, mewakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di dalam pentadbiran parti gabungan Barisan Nasional dan kini Perikatan Nasional (PN).

Pada PRU Ke-15, beliau berjaya mengekalkan kemenangan di Parlimen Kota Samarahan, Sarawak dan kini menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Beliau pertama kali dipilih untuk dicalonkan bagi kerusi Parlimen Kota Samarahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 dan seterusnya mengekalkan kemenangan pada PRU Ke-14.

Pada PRU Ke -4, beliau menentang calon daripada Pakatan Harapan (PH), Sopian Julaihi yang mendapat 8,078 undi manakala calon Pas, Zulkipli Ramzi yang hanya meraih 2,719 undi.

Rubiah memperoleh kemenangan mudah dengan undi majoriti 16,992.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang guru di SMK Openg dari tahun 1992 sehingga 1994. 

Kemudian bekerja sebagai Pegawai Pentadbiran Sarawak sehingga 2006, sebelum dinaikkan pangkat dengan jawatan Pegawai Daerah Asajaya pada tahun 2007. 

Pada 2013, beliau mengundurkan diri dan mengambil bahagian dalam PRU ke 13, bertanding untuk Parlimen Kota Samarahan.

Rubiah Wang sah memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Menurut keputusan rasmi, beliau yang juga penyandang Parlimen Kota Samarahan meraih 42,278 undi meninggalkan pencabarnya yang lain dengan majoriti undi sebanyak 29,445.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pegawai Daerah Asajaya (2007-2013)
  • Pegawai Pentadbiran Sarawak sehingga 2006
  • Pendidik (1992 sehingga 1994)

Jawatan disandang dalam politik dan kabinet;

  • Ahli Parlimen Kota Samarah (2013-kini)
  • Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (2022)
Pendidikan:
  • Sarjana muda dalam Sains Sosial Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 
  • SMK Tun Abang Haji Openg
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Gabungan Parti Sarawak
Parti: PBB
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P197 Kota Samarahan
  • PRU14- P197 Kota Samarahan
  • PRU15- P197 Kota Samarahan

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Artikel Berkaitan RUBIAH WANG

Video Berkaitan RUBIAH WANG