FADILLAH YUSOF

Maklumat Diri
Asal
Kampung Hilir, Sibu, Sarawak
Tarikh lahir
17/4/1962
Pasangan
Datin Seri Ruziah Mohd Tahir
Anak
5

Datuk Seri Fadillah Yusof dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perdagangan dan Komuditi.

Beliau merupakan seorang yang berpengalaman luas dalam politik dan disayangi penduduk setempat.

Ini terbukti apabila beliau berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Petra Jaya empat penggal berturut-turut sejak 2004 lagi.

Fadillah dilantik Menteri Kerja Raya buat pertama kali oleh Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 9 April 2009.

Pada 9 Mac 2020, beliau menyandang semula jawatan itu atas lantikan Perdana Menteri yang kelapan iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Naib Yang Dipertua Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), itu turut dilantik semula sebagai Menteri Kanan Kerja Raya dalam Kabinet baharu pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sebelum terlibat dalam politik, beliau aktif dalam badan bukan kerajaan (NGO) seperti Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) dan organisasi kebajikan. 

Fadillah memulakan karier politiknya dengan menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan dilantik Ketua Biro Maklumat di Bahagian Tupong dan kemudiannya Ketua Pergerakan Pemuda Tupong yang akhirnya Ketua Pemuda PBB pada bulan November 2007.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke -14, Fadillah daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 28,306 undian ketika menentang Nor Irwan Ahmat Nor daripada parti Pakatan Harapan yang mendapat 13,289 undi. Majoriti undi sebanyak 15,017.

Datuk Seri Fadillah Yusof sah memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Menurut keputusan rasmi, beliau yang juga penyandang Parlimen Petra Jaya meraih 54,745 undi meninggalkan pencabarnya yang lain dengan majoriti undi sebanyak 41,363.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Timbalan Perdana Menteri (2022)
  • Menteri Perdagangan dan Komuditi (2022)
  • Menteri Kanan Kerja Raya (9 Mac 2020 hingga 2022)
  • Ahli Parlimen Petra Jaya (2004 hingga kini)
  • Menteri Kerja Raya (9 April 2009)
  • Peguam

Pelantikan Ahli Lembaga:

  • Pengerusi Lembaga Perlesenan Kenderaan Persekutuan Cawangan Sarawak
  • Ahli Lembaga Institut Bahasa dan Pustaka (Dewan Bahasa dan Pustaka)
  • Ahli Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
  • Ahli Lembaga Air Kuching 
  • Ahli Lembaga Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIpo)

Jawatan dalam parti:

  • Ahli Jawatankuasa Kelab Penyokong Nasional Barisan Nasional (BNBBC)
  • Naib Yang Dipertua Kanan PBB 
  • Ketua Pemuda PBB (2007)
  • Ketua Penerangan Pemuda PBB (1989)
  • Ketua Pemuda BN Sarawak
  • Ketua Pergerakan Pemuda Tupong
  • Ketua Biro Maklumat Bahagian Tupong

Anugerah Darjah Kebesaran:

  • Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (2013)
  • Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (2010)
Pendidikan:
  • Sarjana Muda Undang-undang, Universiti Malaya (1986)
  • SMK Panglima Bukit Gantang, Parit Buntar
  • Sekolah Rendah St Mary, Sibu
     
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Gabungan Parti Sarawak
Parti: PBB
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P194 Petra Jaya
  • PRU12- P194 Petra Jaya
  • PRU13- P194 Petra Jaya
  • PRU14- P194 Petra Jaya
  • PRU15- P194 Petra Jaya

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Artikel Berkaitan FADILLAH YUSOF

Video Berkaitan FADILLAH YUSOF