WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR

Maklumat Diri
Asal
Kampung Pendam, Sadong, Sarawak
Tarikh lahir
1/2/1946
Pasangan
Datin Seri Feona Sim Abdullah
Anak
3 anak

Empat penggal dipilih menjadi Ahli Parlimen Santubong atas tiket Barisan Nasional (BN) tentunya Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar salah seorang figura yang disayangi rakyat Sarawak. 

Berusia 75 tahun, beliau kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) di bawah Kabinet Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Sebelum ini, ketika pemerintahan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin beliau menyandang jawatan sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi bermula 10 Mac 2020 sehingga Ogos 2021.   

Beliau adalah calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang merupakan parti komponen BN di Sarawak.

Bagaimanapun, sebaik memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 yang diadakan pada 9 Mei 2018, empat parti komponen menarik diri daripada gabungan.

Pada Jun 2018, empat parti komponen BN di Sarawak, iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Sarawak United Peoples’ Party (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) menarik diri daripada gabungan itu setelah bersama sejak 1974.

Kini, keempat-empat parti itu dikenal dengan nama baharu iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan kekuatan 18 Ahli Parlimen.

Bekas Ahli Parlimen Batang Lupar ini pernah dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat (Timbalan Speaker Dewan Rakyat) pada tahun 2008.

Wan Junaidi juga pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Dalam Negeri pada 2013.

Beliau pernah menjadi  Pegawai Penjaga Cawangan Pendakwaan Kontinjen Polis Sarawak di Ibu Pejabat Kontigen dan pernah bertempur dengan komunis antara tahun 1969 hingga 1973 sebelum menjadi peguam.

Pada PRU 14, Wan Junaidi menang dengan mendapat 26,379 undian ketika menentang Mohamad Fidzuan Zaidi daripada parti Pakatan Harapan yang mendapat 6,894 undi dengan majoriti undi sebanyak 19,485.

 

 

 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2020)
  • Ahli Parlimen Santubong (sejak 2004)
  • Timbalan Menteri di Kementerian Dalam Negeri (2013-2015)
  • Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (2015-2018)
  • Timbalan Speaker Dewan Rakyat (2008-2013)
  • Pengerusi Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan, Sarawak (2001-2006)
  • Ahli Parlimen Batang Lupar (1990 - 2004)
  • Ketua Pegawai Pendakwa PDRM (1982-2001)
  • Pegawai Polis pangkat Penolong Penguasa (1967-1982)

Jawatan dalam parti:

  • Ahli Majlis Tertinggi PBB (2007-kini)
  • Ahli Majlis Tertinggi Parti PBB (2002-2005)
  • Ketua Penerangan Bahagian PBB Satok (1986)
  • Ahli Jawatankuasa Jawatankuasa Pemuda Bahagian Parti PBB Satok (1983)

Penglibatan dalam pertubuhan sukarela:

  • Naib Presiden, Persatuan Bekas Polis Malaysia Sarawak (1987 – 2002)
  • Presiden, Persatuan Bekas Polis Malaysia Sarawak (1990 – 2001)
  • Ketua Pesuruhjaya Pengakap Sarawak (1992)
  • Pengerusi Majlis Pengakap Tempatan Kuching (1974 – 1992)
  • Naib Yang Di Pertua Majlis Pengakap Sarawak (1987 – 1992)

Buku yang dihasilkan:

  • Kosa Kata dan Peribahasa Melayu Sarawak - 2017
  • A PoliceMan – 2014
  • Evolusi Parlimen dan Evolusi Speaker Parlimen Malaysia (Edisi Ke-2) – 2014
  • Crimson Tide Over Borneo – 2011 (Edited By Patrick Yeoh, Thoo Kim Nyian & Jame Ritchie
  • Evolusi Parlimen dan Evolusi Speker Parlimen Malaysia (DBP, 2010)
  • Falsafah Moral Ilmu Berpengakap (DBP, 2007)

Anugerah Darjah Kebesaran:

  • Darjah Gemilang Seri Melaka (2017)
  • Panglima Negara Bintang Sarawak (2014)
  • Panglima Jasa Negara (2003)
  • Johan Setia Mahkota Malaysia (2000)
  • Pingat Pangkuan Negara (1987)

Anugerah Negeri Sarawak:

  • Johan Bintang Sarawak (JBS) (1998)
  • Pegawai Bintang Sarawak (PBS) (1992)

Anugerah Belia Sarawak:

  • Pingat Peringatan Delima (Pingat Perak) Jun 2003
  • Pemimpin Belia Contoh 2000

Anugerah Pengakap Antarabangsa:

  • “International Scout Award (Emas) oleh Pergerakan Pengakap Philippines (2001)
  • “Pingat Derma Bakti” (Emas) oleh Pergerakan Pramuka, Indonesia (1997)

Anugerah Pengakap:

  • Pingat Semangat Padi (Emas) (2007)
  • Pingat “Semangat Rimba”  (Emas) (2005)
  • Pingat “Semangat Rimba” (Perak) (1992)
  • Pingat Perkhidmatan Terpuji Pengakap (1985)
Pendidikan:
  • Ijazah Doktor Falsafah Pentadbiran Perniagaan, Southern California University
  • Barrister at Law 2nd Lincoln’s Inn London
  • Ijazah Undang-Undang, Universiti Buckingham, UK
  • Madrasah Rakyat, Kampung Pendam
  • Madrasah Melayu
  • Abang Man Primary School, Simunjan
  • Sekolah Rakyat, Kampung Pendam 
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: PBB
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P193 Santubong
  • PRU12- P193 Santubong
  • PRU13- P193 Santubong
  • PRU14- P193 Santubong

Kerusi Bertanding DUN: Tiada