HENRY SUM AGONG

Maklumat Diri
Telefon
085-2847 49
Tarikh lahir
18/2/1946
Pasangan
Datin Tunung Palong

Datuk Henry Sum Agong memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II bermula pada 10 Mac 2020.

Beliau dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu juga merupakan Ahli Parlimen untuk kawasan Lawas dan bekas penyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia sejak 2015 hingga 2018.

Dilahirkan di Lawas pada 18 Februari 1946, beliau telah memegang jawatan Ahli Parlimen Lawas sejak 2008 sehingga 2020 dan merupakan bekas Ahli Parlimen Bukit Mas pada 1999 hingga 2008.

Penyandang tiga penggal Datuk Henry Sum Agong (GPS) akan mempertahankan kerusinya di Lawas menentang Baru Bian (PSB) dan Japar Suyut (PH).

Sudah pasti semua mata tertumpu kepada Henry tentang bagaimana dia menjaga kubu kuatnya terhadap Baru, yang merupakan ADUN Ba'kelalan dan Setiausaha Agung PSB yang baru dipilih.

Mengimbas kembali masa lalu, Japar adalah saingan lama Henry pada pilihan raya umum 2008, di mana Henry berjaya menang dalam pertarungan lurus dengan 7792 undi majoriti.

Pada Pru15, Kerusi Parlimen Lawas menyaksikan pertembungan hebat tiga penjuru melibatkan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Henry Sum Agong, Parti Sarawak Bersatu (PSB) Baru Bian dan Pakatan Harapan (PH) Japar Suyut. 

Datuk Henry Sum Agong sah memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Menurut keputusan rasmi, beliau yang juga penyandang Parlimen Lawas meraih 11,361 undi meninggalkan pencabarnya yang lain dengan majoriti undi sebanyak 5,677

Pencapaian
Kerjaya:
  • Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II bermula pada 10 Mac 2020
  • Ahli Parlimen Lawas (2008-2020) 
  • Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (2015-2018)
  • Ahli Parlimen Bukit Mas pada (1999-2008)
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Gabungan Parti Sarawak
Parti: PBB
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU12- P222 Lawas
  • PRU13- P222 Lawas
  • PRU14- P222 Lawas
  • PRU15- P222 Lawas

Kerusi Bertanding DUN: Tiada