ALEXANDER NANTA LINGGI

Maklumat Diri
Asal
Sarawak
Tarikh lahir
16/6/1958
Pasangan
Datin Angelina Celestine Ujang

Datuk Sri Alexander Nanta Linggi menyandang jawatan sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sejak 10 Mac 2020.

Pada 2 Disember 2022, beliau dilantik sebagai Menteri Kerja Raya.

Beliau adalah dari parti Gabungan Parti Sarawak dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) dan kini bersama dengan komponen parti Perikatan Nasional (PN) di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Beliau adalah bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah sehingga Mei 2018.

Mengikut jejak langkah datuknya, Alexander adalah cucu kepada Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu pertama iaitu Jugah anak Barieng dan anak bekas ahli politik Leonard Linggi.

Sebelum menceburi bidang politik pada 1983 dengan menyertai PBB, beliau merupakan ahli perniagaan, setelah berkhidmat sebagai Pengerusi syarikat perkapalan Swee Joo Bhd.

Rekod tidak pernah kalah bertanding di kerusi Parlimen Kapit sejak tahun 1999, Alexander menerima anugerah Panglima Jasa Negara (PJN) pada tahun 2010, yang membolehkan beliau menggunakan gelaran kehormat Datuk.

Pada 16 Mei 2013, selepas kemenangannya dalam pilihan raya 2013, beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah di bawah kabinet baru bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke 14, Alexander daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 14,302 undian ketika menentang Paren Anak Nyawi daripada parti Pakatan Harapan yang mendapat 3,823 undi. Majoriti undi sebanyak 10,479.

Alexander akan bertanding pada Pru15 masih di Parlimen yang sama P215 Kapit, Sarawak mewakili GPS. 

Alexander sah memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Menurut keputusan rasmi, beliau yang juga penyandang Parlimen Kapit meraih 16,522 undi meninggalkan pencabarnya yang lain dengan majoriti undi sebanyak 12,402.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pengerusi syarikat perkapalan Swee Joo Bhd
  • Ahli politik

Jawatan dalam kerajaan:

  • Menteri Kerja Raya (2022)
  • Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sejak 10 Mac 2020
  • Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (2013-2018)
  • Ahli Parlimen Kapit (1999-kini)
  • Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak (1992-2000)

Jawatan dalam politik:

  • Setiausaha Agung PBB (2018-kini)
  • Naib Presiden PBB (2013-2018)
  • Ahli Majlis Eksekutif Tertinggi (2010-2013)
  • Ahli Majlis Tertinggi (1998-2010)
  • Naib Ketua Pemuda (1983-1998)
  • Ahli Majlis Tertinggi Pemuda (1983-1989)
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan, Schiller International University London
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Gabungan Parti Sarawak
Parti: PBB
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P214 Kapit
  • PRU12- P215 Kapit
  • PRU13- P215 Kapit
  • PRU14- P215 Kapit
  • PRU15- P215 Kapit

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Artikel Berkaitan ALEXANDER NANTA LINGGI

Video Berkaitan ALEXANDER NANTA LINGGI