DOUGLAS UGGAH EMBAS

Datuk Seri Douglas Uggah Embas dilahirkan pada 28 Julai 1956 merupakan Timbalan Ketua Menteri I.

Beliau adalah Ahli Parlimen bagi kawasan Betong dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan Bukit Saban, Sarawak menwakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dari Barisan Nasional (BN).

Uggah telah dilantik ke dalam Kabinet selepas Pilihan raya umum Malaysia 2008, untuk menggantikan Azmi Khalid sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Sebelum itu beliau penah berkhidmat dalam jawatan yang bukan Kabinet Timbalan Menteri Pengangkutan dan Setiausaha Parlimen kepada Perdana Menteri.

Selepas Pilihan raya umum Malaysia 2013, beliau dilantik pula sebagai Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi sehingga beliau meletak jawatan apabila dilantik pula sebagai Timbalan Ketua Menteri Sarawak.

Sejarah politiknya, beliau telah mula bertanding dalam pilihan raya sejak 1986 mewakili PBB dan telah berkhidmat lebih 30 tahun sebagai Ahli Parlimen serta tidak pernah tewas kepada parti lawan. 
 

Pencapaian
Kerjaya:

Jawatan yang pernah disandang;

  • Timbalan Ketua Menteri Sarawak I (2016-kini)
  • ADUN Bukit Saban (2016-kini)
  • Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi (2013-2016)
  • Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia (2009-2013)
  • Ahli Parlimen Betong (1986-2018)
  • Setiausaha Parlimen kepada Perdana Menteri
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Gabungan Parti Sarawak
Parti: PBB
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sarawak 12

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P204 Betong
  • PRU12- P204 Betong
  • PRU13- P204 Betong

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sarawak 11- P204 Betong N37 Bukit Saban
  • PRN DUN Sarawak 12- P204 Betong N37 Bukit Saban