DOMINIC LAU HOE CHAI

Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai adalah Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia yang menggantikan Datuk Seri Mah Siew Keong pada tahun 2018 lalu selepas kekalahan teruk GERAKAN kepada DAP terutamanya di Pulau Pinang

Dominic adalah bekas pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur sebelum terlibat dalam politik.

Dominic telah bertanding di Parlimen Batu, Kuala Lumpur pada Pilihan raya umum Malaysia 2013 dan Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 di mana beliau telah tewas kepada Tian Chua pada PRU Ke-13 dan kepada calon Bebas, P Prabakaran yang kemudian menyertai Parti Keadilan Rakyat pada PRU Ke-14 dan menyebabkan Parti GERAKAN ketiadaan calon yang menang pada PRU Ke-14 tersebut.

Dominic telah menyatakan sokongan partinya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia ke-8 yang telah berjaya menangani wabak COVID-19 dengan jayanya dengan perancangan yang tersusun dan berpusat bagi memudahkan urusan rakyat. Sokongan tersebut adalah demi rakyat untuk menjaga kestabilan politik dan pentadbiran negara.

Pada Ogos 2023, beliau bertanding sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi N38 Bayan Lepas atas tiket Gerakan pada PRN Pulau Pinang.

 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Profesor Madya dan Pengarah Pusat Penyelidikan Gunaan di Universiti UCSI.
Pendidikan:
  • PhD Pengurusan Perniagaan Kejuruteraan 
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: GERAKAN
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU PRN15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P115 Batu
  • PRU14- P115 Batu

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU PRN15- P53 Balik Pulau N38 Bayan Lepas