ZULHASNAN RAFIQUE

Maklumat Diri
Telefon
0123317611
Tarikh lahir
20/9/1954
Pasangan
Puan Sri Siti Nooriah Ab Razak
Anak
3

Mejar (B) Tan Sri Datuk Seri Utama (Dr) Zulhasnan Rafique (lahir 20 September 1954) adalah seorang penggerak politik dan masyarakat; serta seorang ahli perniagaan yang berpengalaman di dalam pelbagai bidang.

Selepas Bersara Tan Sri Zulhasnan Rafique memasuki bidang perniagaan pada tahun 1986.

Beliau kemudian memulakan kerjaya Politik pada Tahun 1999 dan dicalonkan oleh Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum (PRU) ke-10 dan telah menang di Parlimen Wangsa Maju, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Beliau juga merupakan juruterbang Asia pertama memenangi gelaran Jurulatih Penerbangan Terbaik ketika mengikuti kursus jurulatih penerbangan di Pangkalan Tentera Udara Diraja British, Leeming, United Kingdom pada tahun 1980.

Beliau memenangi Piala Sekolah Penerbangan Pusat (CFS) dan Piala Jet Provost (JP).

Kejayaan itu membolehkan beliau dikurniakan pingat darjah kebesaran negara, Ahli Mangku Negara (A.M.N.) daripada Yang di-Pertuan Agong pada usia 27 tahun.

Semasa berkhidmat dalam TUDM juga, beliau terlibat dalam beberapa operasi membanteras pengganas komunis antaranya Ops Helang Malindo, Ops Kubay dan Daoyai Musnah. Beliau menamatkan perkhidmatan pada tahun 1985 dengan pangkat Mejar.

Zulhasnan kemudiannya menceburi perniagaan dalam industri petroleum, penerbangan, kejuruteraan awam, bangunan dan marin melalui usaha sama dengan syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Bekas juruterbang pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan pangkat Mejar
  • Duta Besar Malaysia di Amerika Syarikat (2016-kini)
  • Menteri Wilayah Persekutuan
  • Pergerakan politik
  • ahli perniagaan

 

Pendidikan:
  • Sekolah Menengah Victoria, Kuala Lumpur
  • Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi, Kuala Lumpur
  • Sekolah Latihan Penerbangan TUDM, Alor Star, Kedah (1973)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P118 Setiawangsa
  • PRU12- P118 Setiawangsa
  • PRU14- P118 Setiawangsa

Kerusi Bertanding DUN: Tiada