SARAVANAN AL MURUGAN

Maklumat Diri
Asal
Jalan Raja Muda, Kampung Baru, Kuala Lumpur
Tarikh lahir
4/2/1968
Pasangan
Datin Karitha Vivekanandan
Anak
Mempunyai 2 orang anak

Saravanan AL Murugan adalah calon Barisan Nasional (BN) bertanding di kerusi Parlimen P72 Tapah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Selama tiga penggal selaku ADUN Tapah, M Saravanan kini menyandang jawatan Menteri Sumber Manusia sejak Mac 2020.

Bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan ini merupakan Timbalan Presiden MIC.

Beliau dilahirkan pada 4 Februari 1968, membesar di Jalan Raja Muda Kuala Lumpur telah berkahwin dengan Datin Karitha Vivekanandan. Pasangan ini dikurniakan dua anak.

Saravanan memulakan karier politiknya pada tahun 1994 sebagai Setiausaha MIC untuk daerah Titiwangsa. 

Sebelum aktif dalam politik, Saravanan pernah bekerja sebagai kerani pejabat dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Balai Dang Wangi.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Jalan Fletcher pada 1975 hingga 1980, kemudian peringkat menengah, bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Temerloh pada 1981 hingga 1986.

Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di Hammersmith & West London College, England memperoleh Diploma Perniagaan dan Pengurusan seterusnya mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran Perniagaan di universiti yang sama.

Sekembalinya ke Malaysia, Saravanan bertugas sebagai Eksekutif Pemasaran di sebuah syarikat swasta.

Pada Pilihan Raya Umum Ke -14, Saravanan daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 16,086 undian ketika menentang Mohamed Azni Mohamed Ali daripada parti Pakatan Harapan yang mendapat 15,472 undi dengan majoriti undi sebanyak 614.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Tapah
  • Menteri Sumber Manusia (2020-kini)
  • ADUN Tapah (2008-kini)
  • Timbalan Menteri Belia dan Sukan (2015-2018)
  • Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (2009-2013)
  • Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan (2008-2009)
  • Bekas aggota Polis Balai Polis Dang Wangi
  • Eksekutif Pemasaran

Jawatan disandang dalam politik:

  • Timbalan Presiden MIC
  • Bekas Setiausaha MIC untuk daerah Titiwangsa
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Hammersmith & West London College, England 
  • Diploma Perniagaan dan Pengurusan Hammersmith & West London College, England 
  • SMK Jalan Temerloh
  • SJKT Jalan Fletcher

 

Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: MIC
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU12- P72 Tapah
  • PRU13- P72 Tapah
  • PRU14- P72 Tapah
  • PRU15- P72 Tapah

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Artikel Berkaitan SARAVANAN AL MURUGAN

Video Berkaitan SARAVANAN AL MURUGAN