Wee Jeck Seng adalah calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding kerusi Parlimen P165 Tanjung Piai pada PRU ke-15.
Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 6,360 undi.
Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi sejak 10 Mac 2020.
Anak jati kelahiran Pontian ini memulakan karier politiknya dengan menyertai MCA pada tahun 1989 sebelum bertanding kerusi DUN Pekan Nanas dan menang dengan mengalahkan Tan Hang Meng (DAP) Pada PRU-11, Mac 2004.
Rekod cemerlang Jeck Seng diteruskan pada PRU12 apabila menang sebagai Ahli Parlimen Tanjong Piai dengan mengalahkan Ahmad Ton (DAP) dengan majoriti 12,371 undi.
Beliau kemudiannya kekal menjadi Ahli Parlimen Tanjong Piai untuk penggal kedua setelah berjaya menewaskan Mahdzir Ibrahim (DAP) dengan majoriti 5,457 undi sebelum tewas kepada Md Farid Md Rafik (PH-Bersatu) pada PRU14.
Namun penyandangnya Datuk Dr Md Farid Md Rafik yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada pada 21 September 2019.
PRK Tanjung Piai kemudian dilaksanakan pada 16 November di mana berlaku pertembungan sengit enam penjuru.
Beliau berjaya mengekalkan kedudukannya di Parlimen Piai sekali lagi setelah menang dengan mendapat 25,466 undian ketika menentang Md Farid Md Rafik daripada parti Pakatan Harapan yang mendapat 21,255 undi.