GAN PING SHOU GAN PING SIEU

Maklumat Diri
Asal
Kluang, Johor
Tarikh lahir
18/4/1966

Senator Gan Ping Sieu @ Gan Ping Shou adalah politik MCA di kawasan DUN Mengkibol, Kluang, Johor. Beliau dilantik sebagai Naib Presiden MCA dan sebagai Senator di Dewan Rakyat. Beliau juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang juga Ketua MCA Bahagian Kluang.

Pada 2004, Gan Ping Sieu menjadi Adun Mengkibol dengan majoriti 9095 undi selepas menang dalam Pilihan raya 2004 dan dilantik sebagai Ahli jawatankuasa Pusat MCA (CC) dan Ketua Biro Pendidikan Politik.  Pada 2008, beliau dicalonkan MCA bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N28 Mengkibol, Johor atas tiket Barisan Nasional (BN).

Pada 4 Jun 2010, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak melantik beliau sebagai Timbalan Menteri Belia dan sukan. Pada 29 November 2011, sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan, beliau berharap sasaran satu juta sukarelawan menjelang akhir tahun 2012 akan tercapai.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Peguam
  • Senator di Dewan Rakyat
  • Timbalan Menteri Belia dan Sukan

Jawatan disandang dalam politik:

  • Naib Presiden MCA
  • Ketua MCA Bahagian Kluang
  • Ahli jawatankuasa Pusat MCA (CC)
  • Ketua Biro Pendidikan Politik. 

Jawatan dalam NGO:

  • Co-Presiden Cenbet (2014-Kini)
  • Penasihat Undang-Undang Ngo Kebangsaan Dan Tempatan (1994-Kini)
  • Persatuan Perniagaan Dan Perindustrian Cina Kluang (1994-2003)
  • Pengarah Chong Hwa High School Kluang (1995-1998)

Jawatan dalam kerajaan:

  • Ahli Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (2016-2017)
  • Timbalan Menteri Belia Dan Sukan (Kbs) (2010-2013)
  • Senator (2010-2013)
  • Pegawai Khas Menteri Besar Johor (2008-2010)
  • Ahli Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (2008-2010)
  • Ahli Dewan Undangan Negeri Johor (ADUN) (2004-2008)
  • Ahli Majlis Daerah Kluang (1999-2004)
Pendidikan:
  • Sarjana Undang-Undang, Universiti Malaya (2002)
  • Diploma Undang-Undang Syariah, Universiti Islam Antarabangsa (1996)
  • Barrister-At Law, Lincoln's Inn, London (1990)
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Queen Mary College, Universiti
  • London (1986-1989)
  • Wolsey Hall Tutorial College (1985-1986)
  • Sekolah Menengah Chong Hwa, Kluang (1979-1984)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Aris Bendahara, Kluang (1979-1981)
  • Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Chong Eng, Kluang (1973-1978)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: MCA
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P152 Kluang

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P152 Kluang N28 Mengkibol
  • PRU12- P152 Kluang N28 Mengkibol