HAMZAH ZAINUDIN

Maklumat Diri
Asal
Larut, Perak
Tarikh lahir
12/3/1957
Pasangan
Datin Norashikin Abdul Ghani
Anak
5 anak

Datuk Seri Hamzah Zainudin dilahirkan pada 12 Mac 1957 merupakan Ahli Parlimen Larut yang kini menyandang jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri.

Lantikan itu pada 10 Mac 2020 bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di bawah Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 29 Julai 2015 di Putrajaya.

Beliau dahulunya menyertai BN kemudian keluar parti itu pada 2018 sebelum memilih Parti Bersatu pada 2019.

Pada Pilihan Raya Umum Ke 14, Hamzah daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 18,184 undian ketika menentang Abu Husin Mohamad daripada parti Pas yang mendapat 13,698 undi. Majoriti undi sebanyak 4,486.

Hamzah Zainudin merupakan calon Perikatan Nasional (PN) bertanding di Parlimen P56 Larut bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Beliau telah memenangi kerusi Parlimen Larut dengan majoriti undi 11,598

Pencapaian
Kerjaya:
  • Menteri dalam Negeri (10 Mac 2020-kini)
  • Ahli Parlimen Larut (2008-kini)
  • Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (2015-2018)
  • Timbalan Menteri Luar Negeri (2013-2015)
  • Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuniti (2009-2013)
  • Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (2008-2009)
  • Pengerusi Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan FELCRA (2000-2006)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Setiausaha Agung Perikatan Nasional (7 Ogos 2020-kini)
  • Setiausaha Agung Bersatu (26 Mac 2020-kini)
  • Bekas Timbalan Pengerusi Tetap UMNO
  • Bekas Ahli Majlis Tertinggi 
Pendidikan:
  • Diploma dalam Ukur Bahan Universiti Teknologi Malaysia (1979)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PPBM/BERSATU
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU12- P56 Larut
  • PRU13- P56 Larut
  • PRU14- P56 Larut
  • PRU15- P56 Larut

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Video Berkaitan HAMZAH ZAINUDIN