ONG TEE KEAT

Maklumat Diri
Tarikh lahir
22/11/1956
Pasangan
Puan Sri Chooi Yoke Chun

Ong Tee Keat merupakan calon WARISAN bertanding bagi kerusi Parlimen P100(PANDAN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15. Ong Tee Keat merupakan ahli politik Malaysia dan bekas Menteri Pengangkutan Malaysia. Beliau juga merupakan bekas presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA) yang berkhidmat dari 18 Mac 2008 hingga Mac 2010. Pada 1 Jun 2010, beliau telah digantikan oleh Datuk Seri Kong Cho Ha untuk jawatan Menteri Pengangkutan.

Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Pelajaran dan juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Di dalam politik akar umbi parti MCA, beliau pernah menjadi Naib Presiden MCA dan Ketua Pemuda MCA.

Pencapaian
Kerjaya:
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Warisan
Parti: WARISAN
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P100 Pandan
  • PRU12- P100 Pandan
  • PRU15- P100 Pandan

Kerusi Bertanding DUN: Tiada