LIOW TIONG LAI

Maklumat Diri
Telefon
0199702208
Email
tionglai@gmail.com
Asal
Jasin, Melaka
Tarikh lahir
13/10/1961
Pasangan
Datin Seri Lee Sun Loo
Anak
3

Tan Sri Dato' Sri Liow Tiong Lai yang dilahirkan pada 13 Oktober 1961 merupakan ahli politik Malaysia dari parti MCA bertanding bagi kerusi Parlimen P89 Bentong pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Beliau merupakan mantan Ahli Parlimen P089 Bentong dan juga mantan Presiden Parti Persatuan Cina Malaysia MCA. Beliau juga mantan Menteri Kesihatan (2008) dan Menteri Pengangkutan (2014).

Beliau dilahirkan di Jasin, Melaka dan merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang Pemakanan. Beliau kemudiannya menyambung pelajaran dengan mengambil Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA).

Beliau menyertai MCA mulai tahun 1981. Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2018, beliau memenangi kerusi Parlimen P089 Bentong mengalahkan calon dari Parti Keadilan Rakyat, Ponusamy Govindasamy dengan majoriti sebanyak 12,549 undi.

Beliau dilantik menjawat jawatan Menteri Kesihatan Malaysia dari 18 Mac 2008 hingga 3 April 2013.

Pada Pilihan raya umum Malaysia 2013, beliau sekali lagi dipilih sebagai wakil rakyat di kerusi parlimen P089 Bentong walaupun memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 379 undi dan tetap dilantik sebagai Menteri Pengangkutan Malaysia dari 25 Jun 2014 hingga 10 Mei 2018. Dipilih sebagai Presiden MCA dari 21 Disember 2013 hingga 4 November 2018.

Pada Pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau telah ditewaskan oleh saudara Wong Tack dari PH-DAP dengan majoriti 2,032 undi di kerusi P089 Bentong.

Ekoran kekalahan tersebut, beliau melepaskan jawatan sebagai Presiden MCA dan tempat tersebut digantikan oleh Wee Ka Siong yang juga seorang ahli parlimen Ayer Hitam, Johor bagi sesi 2018-2021.

Selain itu, beliau juga penerima Darjah Seri Paduka Mahkota Pahang (2011), Darjah Gemilang Seri Melaka (2009), Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (2009), Darjah Indera Mahkota Pahang (2004) dan Setia Mahkota Pahang (1997).

 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli politik

Jawatan dalam parti:

  • 1999 - Ahli Parlimen Bentong sekarang
  • 1996 - 1999 Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Manusia
  • 2013 - Presiden MCA (Sekarang)
  • 2010 - Timbalan Presiden MCA
  • 2008 Naib Presiden MCA
  • 2005 - Pengerusi Pemuda MCA
  • 1999 - 2002 - Setiausaha Agung Pemuda Kebangsaan MCA
  • Pengerusi Pemuda MCA Negeri Pahang
  • Timbalan Ketua Setiausaha Pemuda Kebangsaan MCA
  • Ketua Biro Publisiti Pemuda Kebangsaan MCA
  • 1981 - Ahli biasa MCA

Jawatan dalam agensi kerajaan:

  • 2014 - Menteri Pengangkutan (Sekarang)
  • 2008 - 2013 Menteri Kesihatan
  • 2006 - 2008 Timbalan Menteri Belia dan Sukan

Jawatan dalam pertubuhan bukan kerajaan:

  • Penasihat Pertubuhan Gerakan Belia Bersatu Malaysia (GBBM) (2006-kini)
  • Penasihat Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia (2006-kini)
  • Penasihat Dewan Perhimpunan Cina Bentong (2006-kini)
  • Penasihat Persatuan Peniaga-Peniaga Daerah Bentong (2006-kini)
Pendidikan:
  •  B.Sc (Kepujian) Ijazah Sarjana Muda Sains lulusan dalam bidang Nutrisi Universiti Kebangsaan Malaysia (1986)
  • Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) Universiti Malaya (1994)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: MCA
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P89 Bentong
  • PRU12- P89 Bentong
  • PRU13- P89 Bentong
  • PRU14- P89 Bentong
  • PRU15- P89 Bentong

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Video Berkaitan LIOW TIONG LAI