WEE KA SIONG

Maklumat Diri
Telefon
0122063226
Email
weekasiong@yahoo.com
Asal
Jasin, Melaka
Tarikh lahir
20/10/1968
Pasangan
Datin Seri Jessica Lim Hai Ean
Anak
2

Wee Ka Siong adalah calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding kerusi Parlimen P148 pada PRU ke-15.

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 2,963 undi.

Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong  merupakan Presiden parti Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Ahli Parlimen Ayer Hitam dari Barisan Nasional (MCA).

Beliau menyandang jawatan sebagai Menteri Pengangkutan pada 10 Mac 2020.

Keperibadian Wee sebagai ahli politik turut menambat hati penduduk di kawasan Ayer Hitam, Johor apabila beliau mampu mempertahankan kerusi itu selama empat penggal sejak Pilihan Raya Umum ke-11 pada 2004.

Pada Pilihan Raya Umum Ke 14, Wee Ka Siong daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 17,076 undian ketika menentang Liew Chin Tong daripada parti Pakatan Harapan yang mendapat 16,773 undi dengan majoriti undi sebanyak 303.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Menteri Pengangkutan (10 Mac 2020 hingga kini)
  • Ahli Parlimen Ayer Hitam (2004 hingga kini) 
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (2015-2018)
  • Timbalan Menteri Pelajaran I (2009-2013)
  • Timbalan Menteri Pendidikan II (2008-2009)
  • Ketua Setiausaha (Bahagian Johor Bahru) (1993- 2005)

Jawatan dalam parti:

  • Presiden MCA (2018 hingga kini)
  • Ketua Biro Pendidikan Pemuda MCA Kebangsaan (2005-2008)
  • Ketua Pemuda Bahagian MCA Johor Bahru (2002-2011)
  • Pengerusi MCA Majidi Cawangan Johor Bahru (1996-2008)
  • Ketua Pemuda MCA kebangsaan Negeri Melaka
  • Ketua Setiausaha Pemuda MCA Kebangsaan
  • Pengerusi MCA Negeri Melaka
  • Pengerusi MCA Bahagian Johor Bahru

Jawatan dalam pertubuhan bukan kerajaan:

  • Penasihat Johor Bahru Small Traders & Hawkers Association
  • Penasihat Persatuan Penjaja Dan Peniaga Kecil Pasar Lambak Bergerak Johor Selatan
  • Ahli Jawatankuasa Persatuan Alumni Universiti Teknologi Malaysia Zon Selatan
  • Bendahari Jawatankuasa Jurutera Johor Selatan (2003-2004)
  • Pengerusi Kewangan Jawatankuasa Jurutera Johor Selatan (2003-2004)
  • Pengerusi Hal Ehwal Kerajaan Jawatankuasa Jurutera (2003-2004)
  •  Komander Pasukan ST John Zon Johor Tengah (2004-2014)
  • Penasihat Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Johor Bahru (2006 - 2007)

Anugerah dan kurniaan diterima:

  • Darjah Mulia Seri Melaka - D.M.S.M. (2009)
  •  Darjah Gemilang Seri Melaka - D.G.S.M. (2015)
Pendidikan:
  • Ijazah Doktor Falsafah dalam Perancangan Pengangkutan Universiti Teknologi Malaysia (2002)
  • Ijazah Sarjana dalam Kejuruteraan Lalu Lintas Nanyang Technological University, Singapura (1996)
  • Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi Malaysia (1992)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: MCA
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P148 Ayer Hitam
  • PRU12- P148 Ayer Hitam
  • PRU13- P148 Ayer Hitam
  • PRU14- P148 Ayer Hitam
  • PRU15- P148 Ayer Hitam

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Video Berkaitan WEE KA SIONG