Dato' Sazmi Miah merupakan Timbalan Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Negeri Kelantan.
Sazmi juga pernah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia pada 2004 hingga 2008 pada zaman Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau telah memenangi kerusi Parlimen Machang pada 2004 lalu dan bertahan selama satu penggal.
Pada pilihan raya pada 2008, beliau telah ditewaskan oleh calon dari PKR, Saifuddin Nasution Ismail.