RAMLEE MARAHABAN

Maklumat Diri
Asal
Kampung Terusan Tengah, Semporna
Tarikh lahir
25/8/1963

Ramlee Marahaban adalah calon Barisan Nasional (BN)/UMNO bagi Parlimen P189 Semporna, Sabah pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

Beliau merupakan ahli politik Malaysia yang memegang jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Kakitangan awam di Jabatan Pelajaran, Jabatan Kastam dan Kementerian Sumber Manusia, di Malaysia.
  • Pengerusi dan Pengarah Warisan Harta Sabah Sdn Bhd (2008/2015)
  • Pengarah Pemborong Sara Sdn. Bhd
  • Pengarah Suria Capital Holdings Bhd sejak 3 Februari 2016. Beliau berkhidmat sebagai 
  • Pengarah Bukan Eksekutif Suria Capital Holdings Bhd sejak 1 September 2009 sehingga 11 Julai 2013.

Jawatan dalam parti:

  • Ketua Pemandu UMNO Bahagian Semporna (1997)
  • Setiausaha Pemuda UMNO Negeri Sabah (2001)
  • Naib Ketua UMNO Bahagian Semporna (2008)
Pendidikan:
  •  Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Ekonomi dari Indiana State University, Amerika Syarikat
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P189 Semporna

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU12- P189 Semporna N54 Bugaya
  • PRU13- P189 Semporna N54 Bugaya