Persaingan DUN N64 Sulabayan disertai penyandangnya ,Datuk Jaujan Sambakong dari Warisan.
Beliau merupakan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah juga merangkap Timbalan Ketua Menteri Sabah memiliki pengalaman luas dalam dunia politik.
Sebelum ini, beliau mempertahankan kerusi Barisan Nasional (BN) namun umum keluar parti UMNO pada 2016 dan melepaskan jawatan sebagai naib ketua UMNO Semporna.
Jaujan membuat keputusan itu susulan tindakan Majlis Tertinggi (MT) UMNO ketika itu telah menggantung keanggotaan Naib Presiden UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Afdal.
Jaujan kini seiring dengan Mohd Shafie menerajui Parti Warisan dan beliau dipilih sebagai Naib Presiden Parti Warisan.