RUBIN BALANG

Maklumat Diri
Asal
Tenom, Sabah

Datuk Rubin Balang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah bagi Kemabong dalam kawasan Parlimen Tenom, Sabah.

Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong sejak 1994 sehingga 2018.

Namun pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14,beliau bertanding Kerusi Parlimen Tenom manakala kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemabong diberikan kepada seorang lagi calon, Jamawi Jaafar dalam Pilihan raya umum Malaysia 2018 lalu oleh Barisan Nasional (BN).

Dalam Pilihan raya negeri Sabah 2020, beliau sepatutnya bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) tetapi Raime Unggi dari BN telah dicalonkan bagi mewakili Gabungan Rakyat Sabah.

Rubin menjadi calon Bebas dan berjaya memenangi kerusi tersebut semula dengan mengalahkan Raimee Unggi dan beberapa calon lain.

 

Pencapaian
Kerjaya:
  •  Ahli Dewan Undangan Negeri  Kemabong (2020)
  • Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tenom (2019)
  • Presiden Persatuan Murut Sabah (1994)
  • Ahli politik
  • Pengerusi SEDCO
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: BEBAS
Parti: BEBAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P181 Tenom
  • PRU14- P181 Tenom

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU12- P181 Tenom N36 Kemabong
  • PRU13- P181 Tenom N36 Kemabong
  • PRN DUN Sabah 16- P181 Tenom N43 Kemabong