MASIDI MANJUN MASDI

Maklumat Diri
Asal
Ranau, Sabah
Tarikh lahir
2/6/1951
Pasangan
Datin Nur Farizah Abdullah
Anak
6

Datuk Seri Panglima Masidi Manjun merupakan seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah untuk Karanaan sejak tahun 2004 selama empat penggal dan pada PRN kali ini, beliau sekali lagi mencipta sejarah kali kelima menjadi ADUN Karanaan.

Dari segi pendidikan, beliau telah memperoleh ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti London pada tahun 1977 dan menjadi Barrister-at-Law dengan Kepujian di Lincoln's Inn, London pada tahun 1979. 

Beliau juga memasuki Perkhidmatan Awam Negeri pada tahun 1977 sebagai penasihat undang-undang dan pendakwa raya di Jabatan Perhutanan. 

Setelah menerima dan dilantik sebagai peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak pada tahun 1980, beliau dilantik pegawai daerah Tuaran.

Kemudiannya dipindahkan ke Sandakan dalam posisi yang sama pada tahun 1982 sebelum dinaikkan pangkat sebagai Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada tahun 1983. 

Pada tahun 1987, beliau dilantik sebagai Peguam Negara Kanan di Jabatan Peguam Negara. Namun, Datuk Masidi meninggalkan Perkhidmatan Awam Negeri pada tahun 1990 untuk bergabung dengan sektor swasta. 

Datuk Masidi berkhidmat sebagai Pengerusi Institut Pengajian Pembangunan Sabah dari tahun 1994 hingga 2004 menjadi ahli Lembaga Pengarah Sabah Development Bank pada masa itu. 

Beliau memegang jawatan pengarah di pelbagai syarikat termasuk Chase Perdana Berhad, Sitt Tatt Berhad dan Bank Rakyat. Beliau juga merupakan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Bioekonomi Malaysia sejak 24 Julai 2020. 

Dalam penglibatan politik, pada tahun 2004, beliau dicalonkan oleh UMNO sebagai calon DUN Karanaan. 

Beliau kemudian memenangi pilihan raya dan memegang kerusi tersebut selama empat penggal berturut-turut. 

Kini dirinya menjalani tugas untuk penggal kelima di Karanaan berikutan kemenangannya dalam pilihan raya negeri ke-16 di bawah panji Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Selepas menang pilihan raya pada 2004, beliau dilantik sebagai Menteri Negara Belia dan Sukan kemudiannya menjadi Menteri Negara Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar dari tahun 2006 hingga 2018.

Beliau juga berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Menteri selepas pilihan raya umum ke-14 selama dua hari. 

Sebelum ini, Masidi merupakan ahli UMNO namun meninggalkan UMNO pada tahun 2018 untuk bergabung dengan Bersatu dan kemudian dilantik Timbalan Pengerusi Negeri yang terakhir. 

Pada 29 September 2020, Masidi telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Kerja Raya Sabah yang bertempat di Istana negeri Sabah.

Namun, Ketua Menteri Sabah mengumumkan bahawa Datuk Masidi telah bertukar portfolio dari Menteri Kerja Raya Sabah kepada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah manakala Datuk Bung Moktar yang menyandang jawatan Sebagai Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah beralih kepada Menteri Kerja Raya Sabah.

Pada waktu yang sama, Datuk Masidi turut memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan II Sabah. 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Menteri Kewangan II Sabah 
  • Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah (2020-kini)
  • ADUN Karanaan (2004-kini)
  • Menteri Negara Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (2006-2018)
  • Menteri Negara Belia dan Sukan (2006)
  • Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) (2020-kini)
  • Pengerusi Perbadanan Pembangunan Bioekonomi Malaysia (Julai 2020-kini) 
  • Pengerusi Institut Pengajian Pembangunan Sabah (1994-2004)
  • Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (1983)
  • Peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak (1980)
  • Pegawai daerah Tuaran dan Sandakan (1982)

Anugerah diterima:

  • Ahli Mangku Negara
  • Kesatria Mangku Negara
  • Panglima Gemilang Darjah Kinabalu
  • Seri Panglima Darjah Kinabalu
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti London (1977) dan Barrister-at-Law dengan Kepujian di Lincoln's Inn, London pada tahun 1979
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PPBM/BERSATU
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P179 Ranau N30 Karanaan
  • PRU12- P179 Ranau N30 Karanaan
  • PRU13- P179 Ranau N30 Karanaan
  • PRU14- P179 Ranau N30 Karanaan
  • PRN DUN Sabah 16- P179 Ranau N37 Karanaan

Artikel Berkaitan MASIDI MANJUN MASDI

Video Berkaitan MASIDI MANJUN MASDI