ISNIN ALIASNIH LIASNIH

Maklumat Diri
Pasangan
Datin Faridah Mohd Ismail

Menjadi muka baharu bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias di bawah Parlimen Beaufort, Sabah, bukanlah satu perkara mudah buat Isnin Aliasnih@Liasnih.

Apatah lagi terpaksa berhadapan dengan pertembungan enam penjuru.

Berjaya menakluk kerusi DUN Likas di bawah Parlimen Kota Kinabalu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 bagaimanapun terpaksa menurut kehendak parti untuk bertanding di Klias setelah beralih kepada Perikatan Nasional.

Pada Pilihan Raya Negeri DUN Sabah Ke-16  

Isnin Aliasnih@Liasnih berjaya mengekalkan kedudukannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias, Sabah.

Pada Pilihan Raya Umum Ke - 14 (PRU14), beliau mewakili Barisan Nasional (BN) ketika bertanding di DUN Likas. Kini, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke - 16, beliau beralih kepada Perikatan Nasional (PN).

Walaupun berdepan dengan pertembungan enam penjuru, beliau berjaya memperoleh undi majoriti 3,901 ketika menentang Warisan Plus, Abdul Rahman Md Yakub yang hanya mendapat 2,810.

Turut bertanding, calon Parti Cinta Sabah, Abdollah Okin (1,419), calon Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Amsir Dani (122), calon Bebas, Jismit Japong (86) dan calon Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), Maksit Saidi (55).

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias
  • Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan & Menteri Kewangan 2
  • Ahli Pihak Berkuasa Risda

Jawatan dalam parti:

  • Ketua Bersatu Bahagian Beaufort
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PPBM/BERSATU
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU13- P177 Beaufort N25 Klias
  • PRU14- P177 Beaufort N25 Klias
  • PRN DUN Sabah 16- P177 Beaufort N32 Klias