HAJIJI MOHD NOOR

Maklumat Diri
Asal
Kampung Serusup, Tuaran, Sabah
Tarikh lahir
5/10/1955
Pasangan
Datin Seri Julia Salag
Anak
Mohd Reza, Khairil Anuar, Nur Diyana dan Mohd Ghazali

Berasal dari keluarga petani dan nelayan bermusim, merupakan anak kedua dari tiga orang adik beradik. Memulakan zaman persekolahan di SRK Serusop pada tahun 1961 hingga tahun 1966 dan seterusnya melanjutkan pendidikan ke Sekolah Menengah (SM) Tuaran pada tahun 1967

Beliau memulakan kerjaya pada tahun 1976 sebagai seorang Juruhebah Radio Televisyen Malaysia (RTM) selama setahun.

Semangat beliau untuk berkhidmat kepada masyarakat secara langsung membuat beliau menukar kerjaya untuk berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Pembangunan di Pejabat Daerah Tuaran pada tahun 1977.

Beliau ditawarkan biasiswa kerajaan Negeri Sabah untuk melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat, sehingga memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Ekonomi Masyarakat. Sekembali ke tanah air, beliau berkhidmat sebagai Pegawai Penguasa Kastam dari tahun 1986 hingga tahun 1990.

Dengan semangat perjuangan yang tinggi untuk berkhidmat kepada bangsa dan negara, beliau mengorbankan jawatan sebagai pegawai kanan kerajaan untuk menceburkan diri dalam politik secara sepenuh masa. 

Beliau diberi kepercayaan oleh rakyat di Tuaran, yang memilihnya sebagai Wakil Rakyat N.10 Sulaman sejak tahun 1990 sehingga kini.

Hajiji pernah menyandang pelbagai jawatan antaranya, Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia (Tun Abdul Ghafar bin Baba), Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat, Pembantu Menteri Belia dan Sukan, Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Pembantu Menteri Kewangan.

Berkat keikhlasan dan ketabahan sebagai pemimpin sejati, beliau diberi peranan memegang jawatan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah.

Di atas jasa dan khidmat bakti yang begitu banyak kepada masyarakat, beliau dianugerahkan bintang kebesaran tertinggi Negeri Sabah, Seri Penglima Darjah Kinabalu yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima pada tahun 2013.

Beliau juga pernah dikurniakan bintang kebesaran negara K.M.N oleh DYMM Yang Dipertuan Agung pada tahun 1997.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pembantu Menteri Kewangan
  • Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian
  • Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat
  • Pembantu Menteri Belia dan Sukan
  • Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia (Tun Abdul Ghafar bin Baba)
  • Penguasa Kastam di Jabatan Kastam Sabah dan bertugas di Tawau (Disember 1986 - Mei 1990)
  • Penolong Pegawai Pembangunan di Pejabat Daerah Tuaran (1977 – 1982)
  • Juruhebah Radio Televisyen Malaysia (RTM) (1976)
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Ekonomi Masyarakat dari sebuah universiti di Amerika Syarikat. (Mendapat biasiswa kerajaan negeri Sabah).
  • SM St. John (1972 -1973)
  • Sekolah Menengah (SM) Tuaran (1967 -1971)
  •  SRK Serusop (1961-1966)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PPBM/BERSATU
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P170 Tuaran N10 Sulaman
  • PRU12- P170 Tuaran N10 Sulaman
  • PRU13- P170 Tuaran N10 Sulaman
  • PRU14- P170 Tuaran N10 Sulaman
  • PRN DUN Sabah 16- P170 Tuaran N12 Sulaman

Video Berkaitan HAJIJI MOHD NOOR