MUSBAH JAMLI

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk atas tiket Parti Barisan Nasioanl, Datuk Musbah Jamli membuat kejutan apabila bertanding atas tiket Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.

Beliau keluar daripada UMNO 12 Disember lalu, mengumumkan menyertai Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud itu menyerahkan borang menyertai WARISAN kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang juga Presiden WARISAN.

Musbah kini berdepan pertandingan enam penjuru bagi mempertahan kerusi tersebut.

Lima pencabar lain ialah calon Barisan Nasional (BN) Mohd Arsad Bistari yang merupakan bekas Ketua Pemuda UMNO Kota Belud, bekas Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah Datuk Hamzah Sundang daripada Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Abd Alif Saibeh (Parti Cinta Sabah) dan Kanul Gindol (Parti Gagasan Rakyat Sabah).

Turut mencabar Musbah ialah bekas calon PKR bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mustapha Maksud yang merupakan pencabar terdekat beliau pada pilihan raya berkenaan.

Pada PRU14, Musbah yang bertanding atas tiket BN memperoleh 7,742 undi menewaskan Mustapha (5,478 undi), Suwah Bulleh daripada Parti Solidariti Tanah Airku (1,494 undi) dan Mustaqim Aling daripada PAS (521 undi).

 

 

 

 

 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Bekas ADUN Tempasuk

Jawatan disandang dalam politik;

  • Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: BEBAS
Parti: BEBAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU12- P169 Kota Belud N6 Tempasuk
  • PRU13- P169 Kota Belud N6 Tempasuk
  • PRU14- P169 Kota Belud N6 Tempasuk
  • PRN DUN Sabah 16- P169 Kota Belud N9 Tempasuk