SAMSOLBARI JAMALI

Maklumat Diri
Asal
Batu Pahat, Johor
Pasangan
Datin Mariam Dazdat Gulat Khan
Anak
4

Empat penggal menerajui ADUN Semarang, Datuk Samsolbari Jamali dilantik Pengerusi Jawatankuasa Pertanian,Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor sejak Mac 2020.

Beliau berusia 60 tahun dilahirkan di Batu Pahat, Johor telah mendirikan rumah tangga bersama Datin Mariam Dazdut Gulat Khan serta dikurniakan empat cahaya mata.

Mendapat pendidikan tertinggi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau Perlis dalam jurusan Diploma Industri Pertanian dan Pengurusan.

Memulakan langkah kerjaya pada 1999 selaku pembantu khas EXCO Pembangunan Keluarga, Hal Ehwal Wanita dan Kesihatan selama enam tahun.

Kemudian dilantik sebagai pengerusi lembaga perindustrian nenas Malaysia bermula 2013 hingga 2018.

Dalam bidang politik, beliau merupakan Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam sejak 2004 sehingga kini dan merangkap pengerusi BN bahagian Ayer Hitam.

Beliau juga pernah memegang jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Seri Gading pada 1998 hingga 2001 sebelum dilantik Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Johor selama tiga tahun.

Pada Pilihan Raya Umum Ke 14, beliau daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 10,751 undian ketika menentang Zaid Mohd Akil daripada parti Pakatan Harapan yang mendapat 4,909 undi. Majoriti undi sebanyak 5,842.

Pencapaian
Kerjaya:
  • ADUN Semarang (2004 hingga kini)
  • EXCO Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar (Mac 2020 hingga kini)
  • Pengerusi lembaga perindustrian nenas Malaysia (2013-2018)

Jawatan dalam politik;

  • Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam (2004 hingga kini)
  • Pengerusi BN bahagian Ayer Hitam (2004 hingga kini)
  • Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor (2018-kini)
  • Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Johor (2008-2018)
  • Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBCC) (2013-2018)
  • Timbalan Ketua Penaja UMNO Bahagian Ayer Hitam (2003-2004)
  • Ketua Penerangan UMNO Bahagian Seri Gading (2001-2003)
  • Setiausaha  Pergerakan Pemuda UMNO Johor (1999-2001)
  • Pengerusi Biro Ekonomi Pergerakan Pemuda Johor (BPUNJ) (1998-199)
  • Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Seri Gading (1998-2001)

Anugerah diterima:

  • Darjah Mulia Seri Melaka (2006)
  • Kesatria Mangku Negara (2005)
Pendidikan:
  • Diploma Industri Pertanian dan Pengurusan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau Perlis
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Johor

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P148 Ayer Hitam N20 Semarang
  • PRU12- P148 Ayer Hitam N20 Semarang
  • PRU13- P148 Ayer Hitam N20 Semarang
  • PRU14- P148 Ayer Hitam N20 Semarang
  • PRN DUN Johor- P148 Ayer Hitam N20 Semarang

Artikel Berkaitan SAMSOLBARI JAMALI

Video Berkaitan SAMSOLBARI JAMALI