ZULKURNAIN KAMISAN

Maklumat Diri
Tarikh lahir
29/7/1972
Pasangan
Adib Nafilah Abu Dardak
Anak
3

Datuk Zulkurnain Kamisan berjaya meneruskan perjuangan parti Barisan Nasional dan merekodkan kemenangan tanpa kalah di DUN Sri Medan, Johor. 

Beliau merupakan penyandang DUN Sri Medan sejak Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), mengikut jejak langkah bapanya yang juga mantan ADUN Sri Medan, Kamisan Ashari.

Pada PRU13, beliau telah diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab itu bagi menggantikan Datuk Ahmad Zahri Jamil yang menjadi wakil rakyat di Sri Medan sejak 1990 hingga 2013.

Pada PRU14, Zulkurnain menang dengan mendapat 11,587 undian ketika menentang Mohd Najib Omar daripada parti Pakatan Harapan yang mendapat 5,547 undi dengan majoriti undi sebanyak 6,040.

Dilahirkan pada 29 Julai 1972, beliau telah mendirikan rumah tangga bersama Adib Nafilah Abu Dardak. Pasangan ini dikurniakan tiga anak iaitu Abid Fiqri Iskandar, Nur Irdina Batrisya dan Aniq Naqiuddin Iskandar. 

Mendapat pendidikan peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sulaiman sebelum melanjutkan pengajian di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru.

Beliau kemudian meneruskan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kelayakan akademik Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah.

Ketua Bahagian UMNO Parit Sulong ini gemar melakukan aktiviti sukan pada waktu lapang.

Sebelum menceburi bidang politik, beliau pernah berkerja sebagai Pengarah Urusan Direstu Sanira Holding Sdn. Bhd.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Medan (2013-kini)
  • Pengarah Urusan Direstu Sanira Holding Sdn. Bhd
  • EXCO Belia,Sukan,Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor

Jawatan disandang dalam politik:

  • Ketua Bahagian UMNO Parit Sulong
  • Pengerusi Biro Latihan Badan Perhubungan UMNO Johor
Pendidikan:
  • Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah UTM
  • Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sulaiman
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Johor

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU13- P147 Parit Sulong N18 Sri Medan
  • PRU14- P147 Parit Sulong N18 Sri Medan
  • PRN DUN Johor- P147 Parit Sulong N18 Sri Medan

Artikel Berkaitan ZULKURNAIN KAMISAN

Video Berkaitan ZULKURNAIN KAMISAN