SHAHRUDDIN MD SALLEH

Maklumat Diri
Tarikh lahir
15/5/1956
Pasangan
Datin Sharifah Junaidah Sheikh Aljunid

Datuk Dr Shahruddin bin Md Salleh merupakan calon Gerakan Tanah Air (Pejuang) bertanding bagi kerusi Parlimen P87 Kuala Krau pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 dan pernah bertanding di DUN N26 Machap, PRN Johor.

Beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Sri Gading yang menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Wilayah pada tahun 2018 hingga 2020.

Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya pada Mac hingga Jun 2020, pernah menjadi Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan juga merupakan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor bagi kawasan Jorak di Muar. 

Perjalanan dunia politik beliau telah bermula dengan menyertai Parti UMNO sehingga 2016 sebelum berubah angin kepada Bersatu pada 2016 sehingga 19 Julai 2020.

Kemudiannya, beliau nekad keluar dari Parti Bersatu pada 19 Julai 2020 sehingga 7 Ogos 2020 sebelum memilih untuk bersama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad setelah menubuhkan Parti Pejuang pada 7 Ogos sehingga kini. 

 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pengerusi Institut Terjemahan & Buku Malaysia (2010)

Jawatan disandang dalam kabinet dan politik:

  • Timbalan Menteri Kerja Raya (9 Mac 2020 – 4 Jun 2020)
  • Timbalan Menteri Wilayah (2 Julai 2018 – 24 Februari 2020)
  • Ahli Parlimen Sri Gading (2018-kini)
  • Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (2016 – 2018)
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak (2008 –2018)

Anugerah diterima:

  • Pingat Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah 
  • Kesatria Mangku Negara 
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Gerakan Tanah Air
Parti: PEJUANG
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P149 Sri Gading
  • PRU15- P87 Kuala Krau

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU12- P143 Pagoh N8 Jorak
  • PRU13- P143 Pagoh N8 Jorak
  • PRN DUN Johor- P151 Simpang Renggam N26 Machap

Artikel Berkaitan SHAHRUDDIN MD SALLEH

Video Berkaitan SHAHRUDDIN MD SALLEH