ISMAIL MOHAMED

Ismail Mohamed ialah seorang ahli siasah Malaysia daripada parti Barisan Nasional.

Beliau juga merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang yang terakhir dan bekas Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Johor.

Beliau juga pernah menyandang jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin memegang jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Pagoh.

Setelah Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat dari UMNO, beliau memangku jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Pagoh.

Pada 25 Jun 2018, beliau telah memenangi jawatan Ketua UMNO Bahagian Pagoh selepas menang tanpa bertanding.

Beliau buat pertama kalinya bertanding di kerusi Parlimen Pagoh menggunakan tiket Barisan Nasional bagi menentang bekas ketua beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mewakili Pakatan Harapan yang menggunakan tiket Parti Keadilan Rakyat dan calon muda dari Pas, Ahmad Nawfal Dr Mahfodz pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2018.

Bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15, beliau bertanding di N7 Bukit Kepong mewakili Barisan Nasional.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor

Kerjaya Politik:

  • Ketua UMNO Bahagian Pagoh
  • Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh (2016)
  • Ahli Dewan Negeri Johor untuk Bukit Serampang
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Johor

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P143 Pagoh

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU13- P143 Pagoh N7 Bukit Serampang
  • PRU14- P28 Pasir Puteh N29 Selising
  • PRN DUN Johor- P143 Pagoh N7 Bukit Kepong