Datuk Ayub Rahmat adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Johor DUN Kemelah, Segamat dari parti Barisan Nasional (BN).
Beliau tewas ditangan Parti Keadilan Rakyat pada PRU ke 14 meskipun telah berada di DUN Kemelah selama tiga penggal dari 2004 hingga 2018.
Dilahirkan pada 25 Mei 1969 di Kampung Melayu Raya, Segamat, pernah dilantik Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia.
Menceburi diri bidang politik bermula pada tahun 1984 sebagai Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kampung Melayu Raya dan kemudian menyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Labis pada tahun 1998 hingga 2003.
Pada tahun 2004, beliau memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor selama satu penggal sehingga tahun 2004.