ROSLAN AHMAD

Maklumat Diri
Tarikh lahir
9/1/1967
Pasangan
Zalifah Omar
Anak
4

Detik permulaan Roslan Ahmad menjadi wakil rakyat selepas memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Merlimau pada 6 Mac 2011 menyaksikan dirinya amat dikenali dalam kalangan pengundi dan berjiwa rakyat.

Sejak tahun 2011, beliau terus disenangi lapisan masyarakat dan mengukuhkan kedudukan di DUN Merlimau tiga penggal berturut selepas menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

PRK Merlimau itu diadakan setelah kematian penyandangnya daripada Barisan Nasional (BN), Allahyarham Mohd Hidhir Abu Hassan akibat serangan jantung pada 20 Januari 2011.

Pada PRU14, berlaku pertembungan tiga penjuru antara BN, Pas dan PKR.

Pada perlawanan itu, Roslan berjaya beroleh jumlah undian sebanyak 5,290 dan Yuhaizad Abdullah mendapat 5,160 undi daripada Pakatan Harapan manakala Pas, Abdul Malek Yusof mendapat 1,208 undi.

Pilihan raya itu merekodkan jumlah majoriti kecil sebanyak 130 undi.

Roslan dahulunya Pengurus Pembangunan Perniagaan Sosioekonomi Perbadanan Melaka Holdings Sdn. Bhd.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau (2011 hingga kini)
  • Pengurus Pembangunan Perniagaan Sosioekonomi Perbadanan Melaka Holdings Sdn. Bhd

Jawatan dalam parti:

  • Ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Jasin (2008-2011)
  • Pengerusi Biro Belia & Sukan UMNO Bahagian Jasin (2008-2011)
  • Ahli jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jasin (2001-2004)
  • Ahli jawatankuasa Biro Pendidikan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Melaka(2001-2004)
  • Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jasin (1998-2001)
  • Ketua Penerangan UMNO Cawangan Merlimau (2008-2011)
  • Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Merlimau (1998-2008)
  • Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jasin

Jawatan dalam pertubuhan bukan kerajaan:

  • Penaung/Penasihat Kawasan Rukun Tertangga Kampung Merlimau Pasir ((2008-2011)
  • Ahli Lembaga Masjid, Masjid Kampung, Merlimau Pasir (2000-2004)
  • Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan KEselamatan Kampung (2000-2004)
  • Ahli Lembaga Pengarah Perpustakaan Awam Negeri Melaka (2010-2011)
  • Penolong Setiausaha Koperasi Bela Rakyat Negeri Melaka (2010-2011)
Pendidikan:
  • Institut Teknologi Tun Abdul Razak/Swansea Institute
  • (SIHE) Wales, United Kingdom
  • Diploma dalam bidang pengurusan perniagaan (1994-1996)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P139 Jasin

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU13- P139 Jasin N27 Merlimau
  • PRU14- P139 Jasin N27 Merlimau

Artikel Berkaitan ROSLAN AHMAD

Video Berkaitan ROSLAN AHMAD