SULAIMAN MD ALI

Maklumat Diri
Asal
Kampung Durian Daun, Masjid Tanah
Tarikh lahir
20/12/1965
Pasangan
Datin Munira M Yusop
Anak
3

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu di bawah Parlimen Masjid Tanah Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali, atau lebih mesra dipanggail Tok Leman dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka ke-12 yang baharu pada 9 Mac 2020.

Membesar sebagai anak seorang anggota polis, Sulaiman bersama adik-beradiknya yang lain sudah diasuh sejak kecil dengan disiplin tinggi, selain ibunya sebagai seorang suri rumah turut tegas mendidik khususnya dalam pendidikan.

Kecintaannya dalam bidang perkapalan membawa beliau ‘belayar’ jauh dengan melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi hingga melayakkannya menerima akademik Ijazah Profesional dalam bidang Pengurusan Pesuruhjaya Jaminan Kualiti (QAC) dari United Kingdom, sebelum memasuki dunia industri minyak dan gas selama 25 tahun di Petronas, ExxonMobil serta syarikat swasta.

Pembabitan politik beliau bermula sejak tahun 2004. Sementara, kemuncak kerjaya politik beliau bermula pada tahun 2013 apabila dicalonkan oleh UMNO Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan memenangi kerusi berkenaan.

Berikutan itu, beliau telah dilantik sebagai Timbalan EXCO Perancang Ekonomi, Pelaburan dan Perindustrian Negeri Melaka. Pada PRU14, beliau berjaya mempertahankan kerusi DUN Lendu.

Semasa PRU14, Sulaiman daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 4,016 undian ketika menentang Ridhuan Affandi Abu Bakar daripada parti Pakatan Harapan yang mendapat 3,389 undi dengan majoriti undi sebanyak 627.

Sulaiman sekali lagi bertanding DUN Lendu pada Pilihan Raya Negeri Melaka ke 15.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ketua Menteri Melaka (Mac 2020 hingga kini)
  • Timbalan EXCO Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan (2014 hingga 2018)

Jawatan dalam parti:

  • Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Melaka (2018 hingga kini)
  • Setiausaha UMNO Bahagian Masjid Tanah (2013 hingga kini)
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Pengurusan Pesuruhjaya Jaminan Kualiti (QAC) United Kingdom
  • Latihan Akademi Laut Malaysia (ALAM)
  • Sekolah Menengah Masjid Tanah, Melaka,
  • Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Daun, Masjid Tanah
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Melaka

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU13- P134 Masjid Tanah N4 Lendu
  • PRU14- P134 Masjid Tanah N4 Lendu
  • PRN DUN Melaka- P134 Masjid Tanah N4 Lendu