SHAMSHULKAHAR MOHD DELI

Maklumat Diri
Asal
Kampung Meru, Kuala Pilah
Tarikh lahir
1/8/1961
Pasangan
Datin Rashidah Ismail
Anak
2

Berasal dari Kampung Meru, Kuala Pilah, Datuk Shamsulkahar Mohd Deli adalah ADUN Serting dan bekas EXCO Pendidikan dan Kesihatan.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Batu Kikir, kemudian bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Kikir dan SMK Za'aba sebelum melanjutkan pengajian di Maktab Perguruan Raja Melewar dalam Diploma Pendidikan.

Sebaik menamatkan pengajian di maktab perguruan itu, beliau mengambil Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan di Asian Institute of Management Science University of Newcastle Australia.

Dilahirkan pada 1 Ogos 1961, beliau menetap di Taman Desa Permai, Serting Tengah telah mendirikan rumah tangga dengan Datin Rashidah Ismail. Pasangan ini dikurniakan dua anak.

Shamsulkahar sebelum bergiat aktif dalam dunia politik adalah seorang guru selama 11 tahun.

Beliau pernah juga dilantik Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Pelajaran pada tahun 1996 selama empat tahun, Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Penerangan pada 2000 hingga 2002 dan seterusnya dilantik Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada 2002 hingga 2004.

Bukan itu sahaja, beliau diberi kepercayaan menjadi Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan selama empat tahun bermula 2004 hingga 2008.

Pertama kali dicalonkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12, beliau menang dengan mendapat undian 7,618 menentang Somingon Nasir dari Pakatan Rakyat yang mendapat 3,240 undi.

Kemudian PRU seterusnya, iaitu PRU13 dan PRU14, beliau terus mengekalkan kemenangan di DUN Serting.

Pada PRU14, Shamsulkahar daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 9,782 undian ketika menentang Abd Rahman Ramli daripada parti Pakatan Harapan yang mendapat 6,014 undi. Majoriti undi sebanyak 3,768.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Jempol (2022)
  • ADUN Serting (2008-kini)
  • Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Sembilan (2008-2018)
  • Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan (2004-2008)
  • Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi(2002-2004)
  • Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Penerangan (2000-2002)
  • Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Pelajaran (1996-2000)
  • Guru (1985-1996)
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan University of Newcastle Australia
  • Diploma Pendidikan Maktab Perguruan Raja Melewar
  • SMK Za'aba
  • SMK Batu Kikir
  • SK Batu Kikir
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P127 Jempol

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU12- P127 Jempol N5 Serting
  • PRU13- P127 Jempol N5 Serting

Artikel Berkaitan SHAMSHULKAHAR MOHD DELI

Video Berkaitan SHAMSHULKAHAR MOHD DELI