JALALUDDIN ALIAS

Maklumat Diri
Telefon
60 19-652 4444
Asal
Jelebu Negeri Sembilan
Tarikh lahir
5/9/1963

Datuk Jalaluddin Alias adalah calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding kerusi Parlimen P126 Jelebu pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke-15.

Beliau telah memenangi kerusi Parlimen P126 Jelebu dengan majoriti 8,125 undi pada Pilihan Raya Umum yang ke-15.

Beliau merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang dan Kuala Klawang.

Pemegang Ijazah Sarjana Pendidikan ini merupakan Ahli Parlimen Jelebu sejak 2018 merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO Pusat.

Beliau pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 19,062 undian ketika menentang Mustafar Ab Kadir daripada parti Pakatan Harapan yang mendapat 17,017 undi.

Turut bertanding calon Pas, Norman Ipin mendapat 2,878 undi. 

Pertembungan tiga penjuru ini merekodkan majoriti undi sebanyak 2,045.

Pada Ogos 2023, Jalaluddin Alias bertanding atas tiket BN bagi N.02 Pertang pada PRN Negeri Sembilan.

 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Jelebu (2018-kini)
  • Pengerusi UDA Holdings Bhd (UDA) (13 Mei 2020 -kini)
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang (2013-2018)
  • Ahli Majlis Mesyuaran kerajaan Negeri Sembilan (2013-2018)
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kelawang (2004 - 2008)
  • Timbalan EXCO Belia dan Sukan Negeri Sembilan
  • Tutor Pendidikan Program Pendidikan Jarak Jauh di Universiti Putra Malaysia (1997)
  • Pegawai Khas Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah / Jempol / Jelebu (1990 - 1991)
  • Pensyarah Pendidikan Universiti Putra Malaysia (1990 - 1991)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Ahli Majlis Tertinggi UMNO Pusat
  • Ketua Penerangan UMNO Negeri Sembilan
  • Ketua UMNO Bahagian Jelebu
  • Naib Ketua UMNO Bahagian Jelebu(2004 - 2008)
  • Ketua UMNO Cawangan Kg Amar Penghulu (2004 )
  • Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jelebu (2001 - 2004)
  • Bendahari UMNO Bahagian Jelebu (1999 - 2000)
  • Bendahari Agung Barisan Nasional Parlimen Jelebu (1998 - 2001)
  • Pengerusi Majlis Ekonomi Pembangunan Usahawan dan Pertanian Pergerakan Pemuda (1998 - 2001)
  • Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Jelebu (1998 - 2001)
  • Jawatankuasa Pemuda UMNO Cawangan Kampung Petaseh (1998 - 1999)
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Melayu)
  • Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan
     
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU PRN15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P126 Jelebu
  • PRU15- P126 Jelebu

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P126 Jelebu N4 Klawang
  • PRU13- P126 Jelebu N2 Pertang
  • PRU PRN15- P126 Jelebu N2 Pertang

Artikel Berkaitan JALALUDDIN ALIAS

Video Berkaitan JALALUDDIN ALIAS