MOHD SHARKAR SHAMSUDIN

Maklumat Diri
Telefon
09-5668686
Asal
Kampung Bintang ,Temerloh, Pahang
Tarikh lahir
25/7/1962
Pasangan
Datin Sri Mustakizah Sulaiman
Anak
4 orang

Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin merupakan Exco Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang.

Anak jati Temerloh itu berkecimpung dalam dunia politik sekitar tahun 90-an dan pernah memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Mentakab selama tiga tahun.

Beliau kini memegang jawatan Setiausaha Perpaduan Ummah UMNO Malaysia juga aktif dalam aktiviti kebajikan sosial.

Pelantikan beliau sebagai Pengerusi Yayasan Redha antara platform terbaik untuk terus menabur bakti buat masyarakat yang kurang bernasib baik.

Pada peringkat negeri, beliau pernah diberi tanggungjawab menggalas tugas sebagai Exco Pelancongan dan Kebudayaan (2013), Exco Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang(2008) serta Exco Sains Inovasi, Penerangan dan Teknologi Maklumat (2004).

Dalam pada itu, pada PRU14, Mohd Sharkar Shamsudin daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 8,824 undian ketika menentang Abas Awang daripada parti Pakatan Harapan yang mendapat 5,099 undi dengan majoriti undi sebanyak 3,725.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15,  beliau merupakan calon UMNO bertanding bagi kerusi Parlimen P88 Temerloh bersama-sama Salamiah Mohd. Nor dari Perikatan Nasional,  Mohd Hasbie Muda, calon Pakatan Harapan dan Aminuddin Yahaya calon Gerakan Tanah Air. 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli politik

Jawatan dalam DUN:

  • ADUN Lanchang (2004 hingga kini)
  • Exco Pelancongan, Kebudayaan,Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi (2018-kini)
  • Exco Pelancongan dan Kebudayaan (2013)
  • Exco Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang(2008)
  • Exco Sains Inovasi, Penerangan dan Teknologi Maklumat (2004)

Jawatan lembaga pengarah:

  • Timbalan Pengerusi Pahang Coporate Management Services Sdn Bhd (Pcms)    
  • Pengerusi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser        
  • Pengerusi Perbadanan  Muzium Negeri Pahang

Jawatan dalam parti:                    

  • Setiausaha Perpaduan Ummah UMNO peringkat Nasional(2019 hingga kini)
  • Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia (2013 hingga kini)
  • Timbalan Pengerusi Badan UMNO Perhubungan Umno Negeri Pahang(2009 -2018)
  • Ketua Umno Bahagian Temerloh UMNO (2008 hingga kini)
  • Ketua Penerangan UMNO Pahang(2008-2009) 
  • Timbalan Ketua UMNO Bahagian Temerloh/Mentakab (2001-2008)
  • Ketua Penerangan UMNO Pahang (1998-2000)
  • Ketua Pemuda UMN0 Mentakab (1995-2001)
  • Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Malaysia (1993-1996)
  • Ketua Penerangan UMNO Bahagian Mentakab (1993-1995)
  • Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Mentakab (1993-1995)

Jawatan dalam aktiviti kebajikan:

  • Pengerusi Yayasan Redha (2018 hingga kini)
  • Pengerusi Yayasan Pelancongan Negara (2017 hingga kini)
  • Presiden Malaysia Tourism Council (2015-2017)
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Sains (Pengurusan Perniagaan), Indiana, State University (1986)
  • Yayasan Anda Akademik
  • Sekolah Menengah, Institut Teknikal Kuantan (1979)
  • SMK Abu Bakar, Temerloh
  • SK Jalan Bahagia
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P88 Temerloh
  • PRU15- P88 Temerloh

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P88 Temerloh N31 Lanchang
  • PRU12- P88 Temerloh N31 Lanchang
  • PRU13- P88 Temerloh N31 Lanchang
  • PRU14- P88 Temerloh N31 Lanchang

Artikel Berkaitan MOHD SHARKAR SHAMSUDIN

Video Berkaitan MOHD SHARKAR SHAMSUDIN