SH MOHMED PUZI SH ALI

Dato' Sri Sh Mohmed Puzi Sh Ali bakal bertanding kerusi Parlimen P085 Pekan, menggantikan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang menjalani hukuman penjara. 

Beliau pernah menjadi calon Barisan Nasional (UMNO) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N21 Peramu Jaya, Pahang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 & 14. 

Beliau menyandang jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu Jaya.

Selain itu, pada 2012, beliau telah bersara pilihan dari jabatan kerajaan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik dan pernah menyandang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Tourism Pahang. 

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15, Sh Mohamed Puzi Sh Ali yang merupakan calon UMNO bertanding bagi kerusi Parlimen P85 Pekan menang dengan mendapat 47,418 undian dengan majoriti undi sebanyak 8,949. 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Pekan (2022)
  • Setiausaha Sulit Kanan kepada YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Malaysia (2009)
  • Setiausaha Sulit Kanan kepada YAB Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pertahanan Malaysia (2005)
  • Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Kerja Raya Malaysia (2002)
  • Penolong Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Pahang (2000)
  • Ketua Penolong Pegawau Daerah Cameron Highlands (1999)
  • Ketua Penolong Pegawai Daerah Pekan (1995)
  • Dipinjamkan ke Majlis Daerah Jempol sebagai Setiausaha Majlis (1994)
  • Penolong Pegawai Daerah Jempoi, Negeri Sembilan (1993)
  • Pengarah Hal Ehwal Bekas Perajurit Negeri Pahang (1991)
  • Penolong Setiausaha di Kementerian Pertahanan Malaysia (1983)

Anugerah & Pingat:

  • Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) membawa gelaran Dato' Sri (2014)
  • Darjah Sultan Ahmad Shah (DSAP) membawa gelaran Dato' (2013)
  • Darjah Jiwa Mahkota Kelantan (DJMK) membawa gelaran Datuk Paduka (2010)
  • Darjah Indera Mahkota Pahang  (DIMP) membawa gelaran Dato' (2009)
  • Ahli Mahkota Pahang (1995)
  • Pingat Khidmat Cemerlang (1992)

 

 

Pendidikan:
  • BSC (Hons) Housing, Building and Planning (1982)
  • Diploma Pengurusan Awam (1987)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P85 Pekan

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU13- P85 Pekan N21 Peramu Jaya
  • PRU14- P85 Pekan N21 Peramu Jaya