ABD AZIZ MAT KIRAM

Maklumat Diri
Asal
Raub, Pahang
Tarikh lahir
16/10/1960
Pasangan
Siti Fatimah Sudin
Anak
Adhwa' Fakhira Wafda, Adhwa' Nayli Darwisya, Adhwa' Adnie Imanina

Abd Aziz Mat Kiram merupakan calon Barisan Nasional mewakili UMNO bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N6 Batu Talam pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 menang 7,992 undian dengan majoriti undi sebanyak 2,869.

Berjaya mengekalkan kedudukan sebagai Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Batu Talam, di bawah Parlimen Raub, Pahang selama tiga penggal berturut-turut menjadikan Datuk  Abdul Aziz Mat Kiran sukar digugat oleh calon lain.

Menang dengan majoriti undi sebanyak 4,320, Abdul Aziz yang mewakili Barisan Nasional (BN) mengalahkan Tengku Abdul Rahman Tengku Ja'afar daripada parti Pas yang  mendapat 2,602 undi dan Dasimah Zainuddin daripada Pakatan Harapan (PH) dengan 2,441 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu.

Dalam pertembungan tiga penjuru itu, beliu memperoleh undi keseluruhan sebanyak 6,922. 

Dilahirkan pada 16 Oktober 1960, beliau mendapat pendidikan peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud (SMK), Raub, Pahang.

Kerjaya politiknya bermula sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Raub (1995-2003) sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua UMNO Raub sebelum dipilih untuk menjadi Ketua UMNO Raub.

Atas khidmatnya yang cemerlang, beliau menerima beberapa anugerah daripada istana yang membawa gelaran datuk. 

Anak jati Raub ini turut dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Amanah Saham Pahang Berhad sejak 2020 hingga kini.

Abdul Aziz mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihannya, Siti Fatimah Sudin.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Adhwa' Fakhira Wafda, Adhwa' Nayli Darwisya dan Adhwa' Adnie Imanina.

Pencapaian
Kerjaya:
  • ADUN Batu Talam
  • Ahli Lembaga Pengarah Amanah Saham Pahang Berhad (2020 hingga kini)
  • Pegawai Hal Ehwal Penerangan (JASA) di Kementerian Penerangan (1987-2007)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Ketua Umno Raub (2018-2021)
  • Timbalan Ketua Umno Raub (2009-2011)
  • Ketua Pemuda Umno Raub (1995-2003)

Anugerah yang diterima: 

  • Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) (2018)
  • Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) (2010)
  • Kesatria Mangku Negara (KMN) (2007)
  • Peringkat Ketiga Setia Mahkota Pahang (SMP) (2007)
  • Peringkat Keempat Ahli Mahkota Pahang (AMP) (1999)
  • Pingat Jasa Kebaktian (PJK) (1996)
Pendidikan:
  • SMK Mahmud, Raub, Pahang
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU12- P80 Raub N6 Batu Talam
  • PRU13- P80 Raub N6 Batu Talam
  • PRU14- P80 Raub N6 Batu Talam
  • PRU15- P80 Raub N6 Batu Talam

Artikel Berkaitan ABD AZIZ MAT KIRAM

Video Berkaitan ABD AZIZ MAT KIRAM