MUSTAPA LONG

Maklumat Diri
Asal
Kampung Gua Kuala Lipis
Tarikh lahir
3/3/1961

Mustapa Long merupakan calon Barisan Nasional mewakili UMNO bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N3 Padang Tengku pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 menang 6,691 undian dengan majoriti undi sebanyak 507.

Antara pesaing yang bertanding bagi kerusi DUN tersebut adalah Ruzi @ Nata Yusuff dari Pakatan Harapan (AMANAH), Mohd Rostam Mustapha, calon Gerakan Tanah Air (PEJUANG) dan Muhamad Khaider Kamil dari Parti Perikatan Nasional (PAS).

Selama dua penggal menyandang ADUN Padang Tengku, Datuk Mustapa Long telah membawa perubahan di DUN berkenaan malah sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat.

Beliau menggesa kerajaan membina hentian rehat dan rawat di Lebuh Raya CSR bagi membantu meningkatkan ekonomi rakyat.

Beliau yang dilahirkan pada 3 Mac 1961 mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Gua sebelum meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Tengku dan Sekolah Menengah (SM) Teknik Kuantan. 

Pada 1979, beliau melanjutkan persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford, Kuala Lipis dan seterusnya peringkat universiti, di Universiti Sains Malaysia (USM) lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan.

Memiliki pengalaman dalam Biro Tatanegara (BTN) yang merupakan sebuah agensi kerajaan Malaysia di Jabatan Perdana Menteri negara, beliau pernah dilantik penolong pengarah BTN Cawangan Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Bukan itu sahaja, beliau juga dilantik Pengarah BTN Pahang selama lima tahun kemudian menjadi pegawai khas Menteri Besar Pahang pada tahun 2001 hingga April 2013.

Maka tidak hairanlah, beliau diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai jurulatih jentera Pilihan Raya Umum (PRU) untuk parti UMNO 
seluruh negara.

Beliau juga dilantik jurulatih dan penceramah biro latihan selain setiausaha biro daftar pemilih sejak 2008.

Anak watan Kampung Gua Kuala Lipis ini merupakan Naib Ketua UMNO Bahagian Lipis merangkap Pengerusi Alumni Gabungan Pelajar Malaysia Semenanjung (GPMS) Pahang.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Mustapa daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 5,691 undian ketika menentang Roslan Harun daripada parti Pas yang mendapat 4,447 undi. Majoriti undi sebanyak 1,244.

Pencapaian
Kerjaya:
  • ADUN  Padang Tengku (2013-kini)
  • Pegawai khas Menteri Besar Pahang (2001-April 2013)
  • Pengarah BTN Pahang (1997-2001) 
  • Penolong pengarah Cawangan Pahang (1995-1997)
  • Penolong pengarah CawanganTerengganu (1992-1994)
  • Penolong pengarah BTN Cawangan Kelantan (1989-1991)
  • Penolong pegawai latihan BTN Zon Timur (1986-1988)
  • Jurulatih jentera PRU UMNO 
  • Jurulatih dan penceramah biro latihan 

Penglibatan dengan NGO/Persatuan/Sosial

  • Pengerusi Alumni GPMS Pahang (2021)
  • Pengerusi Kelab Warisan Malaysia (Keris) Pahang (2001-kini)
  • Pengerusi PIBG SM Agama Padang Tengku (2013-kini)
  • Penasihat GPMS Pahang (2009-kini)
  • Pengerusi GPMS Pahang (2006-2008)
  • Pengerusi PIBG SMK Mat Kilau (2010-2014)
  • Pengerusi PIBG SK Batu 3 (2001-2005)

Anugerah Darjah Kebesaran:

  • Darjah Indera Mahkota Pahang (Datuk) 2011
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan USM
  • SMK Clifford, Kuala Lipis 
  • SM Teknik Kuantan
  • SMK Padang Tengku
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU13- P79 Lipis N3 Padang Tengku
  • PRU14- P79 Lipis N3 Padang Tengku
  • PRU15- P79 Lipis N3 Padang Tengku

Artikel Berkaitan MUSTAPA LONG

Video Berkaitan MUSTAPA LONG