WAN ROSDY WAN ISMAIL

Maklumat Diri
Asal
Kampung Tanjung Gahai, Kuala Lipis, Pahang
Tarikh lahir
1/10/1958
Pasangan
Datin Seri Burhah Mohammed

Wan Rosdy Wan Ismail merupakan calon Barisan Nasional mewakili UMNO bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N2 Jelai pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 menang 10,092 undian dengan majoriti undi sebanyak 6,983. 

Rekod tidak pernah tewas di DUN Jelai sejak 2004, perlantikan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai Menteri Besar Pahang menepati ramalan bagi menggantikan ADUN Pelangai Datuk Seri Adnan Yaakob yang memegang jawatan berkenaan sejak empat penggal lalu.

Sebelum menjadi ahli politik sepenuh masa, beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Kanan di PadiBeras Nasional (BERNAS).

Beliau telah berkahwin dengan Datin Seri Datuk Burhah Mohammed dan telah dikurniakan tiga orang iaitu dua lelaki dan seorang perempuan.

Ketua UMNO Bahagian Cameron Highlands ini berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) Sains Politik daripada Universiti Sains Malaysia (USM) dan mengambil Diploma Pengajian Perdagangan Institut Teknologi Mara yang kini dikenali UiTM.

Beliau pernah dilantik EXCO Perumahan dan Perbandaran negeri pada penggal lepas dan EXCO Pembangunan luar bandar dan Hal Ehwal Orang Asli (2008-2013).

Keputusan PRU-14 menyaksikan BN Pahang kembali membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 25 daripada 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan manakala PKR sembilan kerusi dan Pas lapan kerusi.

Wan Rosdy mempertahankan kerusi DUN Jelai dengan majoriti 3,507 undi dalam pertembungan empat penjuru.

Beliau daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 5,858 undian ketika menentang Abdul Karim Nor daripada parti Gagasan Sejahtera (Pas) yang mendapat 2,351 undi.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Menteri Besar (2018-kini)
  • ADUN Jelai (2022)
  • ADUN Pelangai (2018-2022)
  • EXCO Perumahan dan Perbandaran negeri (2013-2018)
  • EXCO Pembangunan luar bandar dan Hal Ehwal Orang Asli (2008-2013)
  • Pegawai Kanan di PadiBeras Nasional (BERNAS)

Lantikan Ahli Lembaga Pengarah:

  • Ahli Lembaga Koperasi Kakitangan Bernas Berhad (2004-kini)
  • Ahli Lembaga Far East Delima (2004-kini) 
  • Ahli Lembaga Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) (2008-kini) 
  • Ahli Majlis Penasihat Kebangsaan Pembangunan Masyarakat Orang Asli (2008-kini)

Lantikan Pengurus/Pengarah Syarikat berkaitan kerajaan (GLC)

  • Pengerusi Amanah Saham Pahang Berhad (ASPA) (2019)
  • Pengerusi/Pengarah LKPP Corporation Sdn Bhd (2019)
  • Pengerusi/Pengarah Pengurusan Pasir Pahang Berhad (2019)
  • Ahli Lembaga Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) (2018)
  • Ahli Lembaga Pengarah Far East Rangkaian Sdn Bhd (2018)
  • Pengerusi/Pengarah Pahang Technology Resources Sdn Bhd (PTR) (2018)
  • Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (2018)
  • Pengerusi Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (2018)
  • Pengerusi Yayasan Pahang (2018)
  • Pengerusi/Pengarah Koridor Utiliti Pahang Sdn Bhd (KUP) (2018)
  • Pengerusi Tahfiz Pahang Sdn Bhd (2018)
  • Pengerusi Lembaga Pembangunan Tioman (2018)
  • Pengerusi YP Land Sdn Bhd (2018)
  • Pengerusi YP Mining Sdn Bhd (2018)
  • Pengerusi YP Hevea Sdn Bhd (2018)
  • Pengerusi KYP Education Sdn Bhd (2018)
  • Pengerusi Rangkaian Delima Sdn. Bhd (2018)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Pengerusi BN Cameron Highlands (2008-kini)
  • Ketua UMNO Bahagian Cameron Highlands (2003-kini)
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) Sains Politik USM 
  • Diploma Pengajian Perdagangan Institut Teknologi Mara atau UiTM
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P78 Cameron Highlands N2 Jelai
  • PRU12- P78 Cameron Highlands N2 Jelai
  • PRU13- P78 Cameron Highlands N2 Jelai
  • PRU14- P78 Cameron Highlands N2 Jelai
  • PRU15- P78 Cameron Highlands N2 Jelai

Artikel Berkaitan WAN ROSDY WAN ISMAIL

Video Berkaitan WAN ROSDY WAN ISMAIL