Datuk Mohd Azhar Jamaluddin merupakan calon UMNO bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N56 Chankat Jong pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.
Datuk Mohd Azhar Jamaluddin merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak kawasan N56 Changkat Jong.
Beliau memenangi kerusi tersebut dalam Pilihan raya umum Malaysia 2013 atas tiket Barisan Nasional /UMNO. Azhar Jamaluddin ialah Ketua UMNO Bahagian Teluk Intan.
DUN Changkat Jong dan DUN Pasir Berdamar terletak dalam parlimen Teluk Intan. Hanyalah Changkat Jong yang mengandungi pengundi Melayu seramai 60% manakala Cina pula 12.61%, India 27.07% dan lain-lain kaum 0.03%.
DUN Pasir Berdamar pula menyaksikan majoriti pengundi Cina berjumlah 69.45%, manakala Melayu 33%, India 14.13% dan kaum lain 0.09%.