ZAMBRY ABD KADIR

Maklumat Diri
Asal
Pulau Pangkor
Tarikh lahir
22/3/1962
Pasangan
Datin Seri DiRaja Saripah Zulkifli
Anak
5 orang anak

Zambry Abd Kadir adalah calon Barisan Nasional (BN) bertanding di kerusi Parlimen P74 Lumut pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Beliau dilantik sebagai Menteri Luar Negeri.

Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir merupakan ahli Dewan Undangan Negeri Perak bagi kawasan Pangkor, Negeri Perak dan menjadi Menteri Besar Perak pada 12 Mei 2009 selepas 3 Adun Pakatan Rakyat menjadi Adun Bebas.

 Beliau telah dilantik menjadi Menteri Besar Perak yang ke 11 pada 12 Mei 2009.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Menteri Luar Negeri (2022)
  • Pembantu Professor di Jabatan Sains Politik (UIAM) sehingga Ogos 2000
  • Pengarah eksekutif Centre for Leadership & Development Studies (CELDES) daripada 1996 hingga Ogos 2000
  • Ketua Pembangunan Kurikulum Dan Islamisasi  di Jabatan Sains Politik UIAM pada  tahun 1999
  • Ketua panel konsultansi, program Khidmat Sosial Negara, Kementerian Belia dan Sukan (1997)
  • Ahli Perunding, Agenda Melayu Abad ke 21 (1998)
  • Pengerusi konferensi Pelajar Malaysia di Amerika Syarikat (1994)
  • Pengarah Pertemuan Intelektual Asia Tenggara (SEAM) di Amerika Syarikat (1994)
  • Presiden Persatuan Pelajar Islam Malaysia di Amerika Syarikat(1994-1995)
  • Pengarah Diskusi Intelektual UIA-IIIT untuk kakitangan UIA di Amerika (1993)
  • Coordinator kursus bagi Pusat Matrikulasi UIA (1988-1989)
  • Ahli Jawatankuasa Rayuan (MATRIC)  (1989 – 1990)
  • Fellow bagi Kolej Pelajar (1993-1994)
  • Ahli Diskusi Intelektual, Institut Perkembangan Minda (INMIND) (1995)
  • Konsultan bagi program kepimpinan pelajar Malaysia di Amerika dan menjadi tamu intelek bagi program yang dianjurkan oleh Kerajaan Jepun (2002).
  • Adjung Professor di Jabatan Sains Politik, Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkuatkuasa pada 1 November 2015 hingga 31 Oktober 2017.
Pendidikan:
  • Sekolah Menengah Bukit Gantang, Parit Buntar
  • Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura
  • Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Pemikiran Politik di Universiti Temple, Amerika Syarikat (1995) dalam bidang Politik Kontemporari
  • Sarjana dengan pengkhususan dalam bidang Falsafah Politik Dan Perbandingan Agama di universiti yang sama (1992)
  • Ijazah Sarjana (Kepujian) dalam pengkhususan Pemikiran Islam daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (1991)
  • Sarjana Muda Ekonomi di universiti itu dengan pengkhususan Ekonomi, Pembangunan Ekonomi dan Ekonomi Antarabangsa
  • Program Eksekutif  Pembangunan Kepimpinan bertajuk Leaders in Development – Managing Change in a Dynamic World di Universiti Harvard, USA (Jun 2015)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P74 Lumut
  • PRU15- P74 Lumut

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P74 Lumut N52 Pangkor
  • PRU12- P74 Lumut N52 Pangkor
  • PRU13- P74 Lumut N52 Pangkor
  • PRU14- P74 Lumut N52 Pangkor