MOHD NIZAR ZAKARIA

Maklumat Diri
Email
nizar_069@yahoo.com
Asal
Kampong Pasir Gajah, Perak
Tarikh lahir
3/1/1969

Mohd Nizar Zakaria adalah calon Barisan Nasional (BN) bertanding di kerusi Parlimen P69 Parit pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Datuk Mohd Nizar Zakaria merupakan penyandang jawatan Ahli Parlimen Parit dari Barisan Nasional-UMNO.

Pada tahun 2020, beliau menyertai gabungan Perikatan Nasional dan telah dilantik (lantikan politik) sebagai Pengerusi Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menggantikan Dr. Narimah Awin. 

Beliau aktif melaksanakan misi kemanusiaan, pernah menjadi tahanan semasa Angkatan Pertahanan Israel (IDF) semasa tiba di perairan untuk menghantar misi bantuan kemanusiaan ke Gaza, Palestin. Beliau merupakan salah seorang anak kapal MV Rachel Corrie yang berlaku pada Jun 2010.

Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) tahun 2008 beliau mengalahkan calon dari PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad dengan majoriti sebanyak 2,873 undi. Beliau memperolehi 12,399 undi berbanding lawan beliau memperolehi hanya 9,526 undi.

Pada PRU ke 14, beliau Mohd Nizar menang dengan mendapat 14,035 undian ketika menentang Najihatusalehah Ahmad daripada parti Gagasan Sejahtera yang mendapat 7,715 undi dengan majoriti undi sebanyak 6,320.
 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Bekas anak kapal MV Rachel Corrie

Jawatan dalam agensi kerajaan:

  • Pengerusi Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara
  • Ahli Dewan Undangan Negeri Belanja
  • Ahli Parlimen Parit

Anugerah diterima:

  • Darjah Dato' Paduka Cura Si Manja Kini
Pendidikan:
  • Sarjana Pentadbiran Awam di UUM
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU12- P69 Parit
  • PRU14- P69 Parit
  • PRU15- P69 Parit

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU13- P69 Parit N38 Belanja