Saarani Mohamad adalah calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N04 Kota Tampan pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke-15 akan datang.
Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 1,237 undi.
Rekod tidak pernah tewas bertanding di DUN Kota Tampan dibawah Parlimen Lenggong menjadikan, Datuk Saarani Mohamad dilantik ketua pembangkang DUN Perak dan dilantik Menteri Besar Perak ke-14 sejak 10 Disember 2020.
Pesara guru ini juga pernah berkhidmat bersama tiga Menteri Besar Perak terdahulu iaitu Tan Sri Tajul Rosli Ghazali, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Sejarah perjalanan politiknya, bekas ADUN Lenggong pada tahun 1999 hingga 2004 ini menyertai UMNO pada 1989 sebelum dilantik Ketua UMNO Cawangan Kampung Raban sejak 1995 sehingga kini.
Anak jati Kampung Raban ini juga diberi kepercayaan memegang jawatan tertinggi dalam parti setelah dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak sejak 2018 setelah tiga tahun melaksanakan tanggungjawab sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak.
Beliau memiliki Diploma Sains serta Pendidikan (Fizik dan Matematik) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), sebelum melanjutkan pendidikan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia di Open University Malaysia (OUM).
Sepanjang perkhidmatan, Saarani disifatkan individu berpengalaman dan menyandang pelbagai kedudukan dalam kerajaan negeri.
Pada Pilihan Raya Umum Ke -14, Saarani daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 5,183 undian ketika menentang Muhamad Rif’aat Razman daripada parti Gagasan Sejahtera yang mendapat 2,881 undi. Majoriti undi sebanyak 2,302.
ARTIKEL BERKAITAN
Saarani angkat sumpah Menteri Besar Perak ke-14
Permit tanah: Macam ada tak kena, kata Saarani
UMNO Perak cabar Arafat kemuka bukti