Salbiah Mohamed adalah calon Barisan Nasional (BN) bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N02 Temengor pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke-15.
Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 1,048 undi.
Salbiah Mohamed merupakan ADUN Temengor sejak 2013 juga bekas Ketua Puteri UMNO Perak.
Beliau berasal dari Gerik merupakan anak kelima dari 11 beradik ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Adika Raja, seterusnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Gerik dan melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Pengurusan Hartanah.
Seterusnya pada 2004, beliau dilantik Ketua Puteri UMNO Bahagian Gerik dan tahun 2013, diberi kepercayaan memegang jawatan Ketua Puteri UMNO Perak juga EXCO Puteri Malaysia.
Ibu kepada empat cahaya mata ini, isteri kepada Mohd Faizal Malek, pernah menjadi Penyelia Perhubungan KEMAS DUN Pengkalan Hulu dan Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Perak pada 2014 hingga 2019.
Dalam jawatan politik pula, kini beliau dilantik Ketua Wanita UMNO Bahagian Gerik sejak 2013.
Anak kepada pasangan Mohamed Mahmud dan Saedah Bali ini telah dianugerahkan Darjah Ahli Mahkota Perak tahun 2017.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14, beliau daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 7,823 undian ketika menentang Md Pozi Md Sani daripada parti Gagasan Sejahtera (Pas) yang mendapat 3,888 undi dengan majoriti undi sebanyak 3,935.