MUHAMAD YUSOFF MOHD NOOR

Maklumat Diri
Email
adun_sungai_dua@yahoo.com
Asal
Pekan Darat, Sungai Dua, Butterworth
Tarikh lahir
30/3/1963
Pasangan
Norasikhin Hamid
Anak
4 anak

Muhamad Yusoff Mohd Noor merupakan calon Barisan Nasional (BN) bertanding bagi kerusi Parlimen P42-Tasek Gelugor pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Selama dua penggal menyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Dua, Datuk Muhamad Yusoff Mohd Noor diberi kepercayaan memegang jawatan Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang bagi menggantikan Datuk Jahara Hamid pada tahun 2018.

Beliau juga dilantik Ahli Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) bagi menguruskan masalah berkaitan penularan koronavirus (Covid-19) di negeri ini.

Dilahirkan pada 30 Mac 1963, bekas Pengurus Besar di Pertubuhan Peladang Kawasan Selama Perak ini mendapat pendidikan tertinggi dengan kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan (dengan Kepujian) dari Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok selepas menamatkan pengajian lulusan Diploma Pengurusan dan Perindustrian Ladang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau.

Memiliki pengalaman kerjaya dalam pelbagai bidang, memberi kelebihan buat Muhamad Yusoff sebagai wakil rakyat. Antara kemahirannya seperti di bidang pertanian, pengurusan projek dan kewangan, pentadbiran pejabat, pengurusan jenazah dan perhubungan awam.

Menyentuh soal kerjayanya, anak watan Pekan Darat, Sungai Dua Butterworth ini pernah bertugas sebagai pembantu khas kepada Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dari 1 Jun 1997 hingga 31 Mei 1999.

Beliau juga memegang jawatan Timbalan Pengarah/Ketua Cawangan Pembangunan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Perlis mulai 1 Januari 2009 hingga 15 Mei 2010 dan menjalankan tugas sebagai Pengurus Besar PPK Penaga mulai 15 Mei 2010 hingga April 2013 sebelum bergiat aktif dalam bidang politik.

Selain itu, dalam penglibatan arena politik, beliau bermula dari bawah dengan menyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Pekan Darat tahun 1985 hingga 2000.

Kini, Muhamad Yusoff menyandang jawatan Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang dari 2018 dan Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor sejak 2018.

Dalam penglibatan badan bukan berkanun (NGO), beliau kini merupakan Penasihat Persatuan Bekas-Bekas Pemain Bolasepak Negeri Pulau Pinang dan Penasihat Pertubuhan Kebajikan Sinar Insan Islam Malaysia (PERSIM) 4 Wilayah.

Bukan itu sahaja, dek kerana gemar melaksanakan aktiviti kebajikan, beliau telah menyandang pelbagai jawatan dalam NGO sejak tahun 1980 sehingga kini.

Semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Muhamad Yusoff berjaya mengekalkan kemenangan seperti mana pada PRU13 di DUN Sungai Dua.

Beliau daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 7,314 undian ketika menentang Zahadi Mohd @ Cikgu Hadi daripada parti Pas yang mendapat 5,380 undi dengan majoriti undi sebanyak 1,934.

Pencapaian
Kerjaya:
  • ADUN Sungai Dua (2013 hingga kini)
  • Pengurus Besar PPK Penaga (15 Mei 2010 hingga April 2013)
  • Timbalan Pengarah/Ketua Cawangan Pembangunan LPP Negeri Perlis (1 Januari 2009 hingga 15 Mei 2010)
  • Ketua Komponen LPP di Projek Kerian Sg Manik (IADP) (1 April 2006 hingga 31 Disember 2008)
  • Pengurus Eksekutif di Yayasan Pelajaran Peladang (YPP) di Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) (18 Oktober 2004 hingga 31 March 2006)
  • Eksekutif Simpanan Dan Kredit, Bahagian Perniagaantani & Industri di LPP Kuala Lumpur (1 April 2004 hingga 18 Oktober 2004)
  • Pegawai Urusan Pendaftar di LPP Negeri Pulau Pinang (15 Januari 2004 hingga 31 Mac 2004)
  • Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan Lahar Bubu (1 Jun 1999 hingga  30 Oktober 2000)
  • Pembantu Khas kepada Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang (1 Jun 1997 hingga 31 Mei 1999)
  • Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan Penaga (1 Januari 1996 hingga 31 Mei 1997)
  • Tmbalan Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Negeri Pulau Pinang (1 Julai 1995 hingga 31 Disember 1995)
  • Pegawai Urusan Pendaftar di LPP Negeri Pulau Pinang (1 Jun 1992 hingga 1995)
  • Pengurus Besar di Pertubuhan Peladang Kawasan Selama Perak, Perak Darul Ridzuan (4 November 1985 hingga 31 Mei 1992)

Jawatan dalam parti:

  • Ketua Pembangkang di DUN Pulau Pinang (2018 hingga kini)
  • Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang (2018 hingga sekarang)
  • Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor (2018 hingga sekarang)
  • Ketua UMNO Cawangan Pekan Darat (Jun 2008 hingga sekarang)
  • Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor (Oktober 2013 hingga 2018)
  • AJK Jawatankuasa Pembangunan Cawangan UMNO DUN Telok Air Tawar (2008 hingga 2013)
  • Pengerusi War Room Jentera Pilihanraya Parlimen Tasek Gelugor (2012)
  • Pengerusi Pusat Daerah Mengundi Pekan Darat (Januari 2011 hingga 2013)
  • Naib Pengerusi Biro Penerangan UMNO Bahagian (Mei 2009 hingga 2013)
  • Naib Pengerusi Biro Agama dan Pembangunan Insan UMNO Bahagian Tasek Gelugor (Oktober 2008 hingga Mei 2009)
  • AJK UMNO Bahagian Tasek Gelugor (Oktober 2008 hingga 2013)
  • Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Caw. Pekan Darat (1985 hingga 2002)
  • Pengerusi Gerak Gempur Pergerakan Pemuda UMNO Bah. Tasek Gelugor (1997 hingga 1999)
  • Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor (1997 hingga 1999)
  • Pengerusi Pemuda KADUN Telok Air Tawar (1996 hingga 1999)
  • AJK Biro Hal Ehwal Pengguna Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang (1993 hingga 1998)
  • AJK Biro Hal Ehwal Pengguna Pergerakan Pemuda UMNO Pusat (1993 hingga 1998)
  • Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor (1992 hingga 1996)
  • AJK Pergerakan Pemuda UMNO Bah. Tasek Gelugor (1988 hingga 1992)
  • Penasihat Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Pekan Dara

Penglibatan dalam badan bukan berkanun (NGO):

  • Penasihat Kumpulan Pengguna Air Daerah Seberang Perai Utara (2013 hingga sekarang)
  • Penasihat Kumpulan Gerau Kampung Permatang Tiga Pajak Song (2014 hingga sekarang)
  • Penasihat Kumpulan Gerau Kampung Teluk Sungai Dua (tahun 2013 hingga sekarang)
  • Penasihat Persatuan Bekas-Bekas Pemain Bolasepak Negeri Pulau Pinang (2016 hingga sekarang)
  • Penasihat Pertubuhan Seni Silat Kuntau Tekpi Malaysia (2015 hingga sekarang)
  • Penaung Pertubuhan Muay Thai Tebuan Sakti Nyior Sebatang (2013 hingga 2015)
  • Penasihat Kelab Bolasepak Tunas Gemilang (2014 hingga sekarang)
  • Penasihat Pertubuhan Belia Permatang Tiga Pajak Song (2014 hingga sekarang)
  • Penaung Pertubuhan Seni Silat Pesaka Gayung Malaysia Cawangan Nyior Sebatang (2014 hingga sekarang)
  • Penasihat Gerakan Belia 4B Kawasan Tasek Gelugor (2013 hingga sekarang)
  • Pengerusi Kelab Pengurus Besar PPK Negeri Pulau Pinang mulai Mei 2011 hingga April 2013.
  • Pengerusi Surau Al-Muttaqqin, Taman Seri Serdang, Kepala Batas (2005 hingga 2013)
  • Pengerusi Tetap Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Gelong Bubu (1997 hingga 2000)
  • Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pekan Darat (1996 hingga 1999)
  • Penasihat Gerakan Belia 4B (M) Caw. Gelong Bubu (1985 hingga 1999)
  • AJK Gerakan Belia 4B (M) Kaw. Tasek Gelugor (1980 hingga 1985)
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Pengurusan Pembangunan, UUM (2000 hingga 2003)
  • Diploma Pengurusan Dan Perindustrian Ladang, UiTM Arau (1982 hingga 1984)
  • Sekolah Menengah Teknik Alor Setar (1979 hingga 1980)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Onn (1976 hingga 1978)
  • Sekolah Rendah Kebangsaan Hashim Awang (1970 hingga 1975)
     
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P42 Tasek Gelugor

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU13- P42 Tasek Gelugor N5 Sungai Dua
  • PRU14- P42 Tasek Gelugor N5 Sungai Dua