ROZI MAMAT

Datuk Rozi Mamat membuktikan dirinya masih kekal relevan di Dewan Undangan Negeri Telemung apabila berjaya memenangi kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 sekali gus menyandang empat penggal berturut.

Beliau merupakan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Terengganu dan Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu berjaya meraih 9,407 undian ketika menentang Kamaruzaman Abdullah daripada parti Pas yang mendapat 5,248 undi. 

Turut bertanding daripada Pakatan Harapan (PH), Syarifah Norhayati Syed Omar meraih 455 undi.

Dalam pertembungan tiga penjuru ini menyaksikan jumlah majoriti undi sebanyak 4,159.

Pada Ogos 2023, Datuk Rozi Mamat bertanding sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi N21 Telemong dalam PRN Terengganu.

 

Pencapaian
Kerjaya:
  • ADUN Telemung (2004 hingga kini)
  • Bekas guru

Jawatan dalam parti:

  • Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Terengganu
  • Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU PRN15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P38 Hulu Terengganu

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P38 Hulu Terengganu N21 Telemung
  • PRU12- P38 Hulu Terengganu N21 Telemung
  • PRU13- P38 Hulu Terengganu N21 Telemung
  • PRU14- P38 Hulu Terengganu N21 Telemung
  • PRU PRN15- P38 Hulu Terengganu N21 Telemung