NIK SAPEIA NIK YUSOF

Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff merupakan calon (BEBAS) bertanding bagi kerusi Parlimen P27 (TANAH MERAH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff merupakan ahli politik UMNO selama 30 tahun . Kini beliau merupakan naib presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) dan Pengerusi PPP Kelantan. Presiden PPP Datuk M Kayveas setuju dengan perlantikan itu kerana tidak mahu orang sebegini lari ke parti pembangkang.

Namanya menjadi terkenal setelah dibicarakan di atas dakwaan menyembur bahan pemedih mata ke arah bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2006. Isterinya Datin Suriani Yahya pernah menulis surat kepada Dr Mahathir Mohamad.
 

Dalam PRU13 beliau bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N40 Guchil namun tewas kepada calon Pakatan Rakyat (PR) Mohd Roslan Puteh.

Pencapaian
Kerjaya:
  •  Ahli politik UMNO selama 30 tahun
  • Naib presiden Parti Progresif Penduduk (PPP)
  • Pengerusi PPP Kelantan
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: BEBAS
Parti: BEBAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P27 Tanah Merah

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU13- P31 Kuala Krai N40 Guchil