MUSTAPA MOHAMED

Maklumat Diri
Asal
Bachok, Kelantan
Tarikh lahir
25/9/1950
Pasangan
Datin Sri Khamarzan Ahmed Meah
Anak
4 anak

Bekas Pegawai Tadbir dan Diplomatik Perbendaharaan, Datuk Seri Mustapa Mohamed kini menyandang Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) pada 10 Mac 2020.

Beliau berusia 70 tahun selepas dilahirkan pada 25 September 1950, dipilih sebagai wakil rakyat selepas memenangi kerusi Parlimen Jeli menerusi Pilihan Raya Kesembilan, iaitu pada 1995.

Anak kelahiran Bachok Kelantan ini lebih dikenali sebagai Tok Pa juga menyandang ADUN Air Lanas selama empat penggal.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Bachok pada 1957 dan Sekolah Menengah Sains Sultan Mohammad Jiwa pada 1963.

Menamatkan pengajian di Maktab Sultan Ismail, Jalan Telipot, Kota Bharu pada 1969 sebelum menyambung pengajian dalam bidang Ekonomi di University of Melbourne, Australia pada 1973.

Beliau kemudian memperoleh Ijazah Sarjana Pembangunan Ekonomi pada 1982 dari Boston University, Amerika Syarikat.

Bila menyentuh perjalanan politiknya, pembabitan Tok Pa dalam UMNO sejak 1988 ketika menyandang jawatan Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Beliau pernah memegang jawatan Ketua Bahagian UMNO Jeli selama 18 tahun.

Namun setelah diberi mandat menjadi Ahli Majlis Tertinggi parti keramat terbabit pada 1993 hingga 2018, beliau mengambil keputusan keluar dari UMNO pada September 2018 selepas lebih 40 tahun berkhidmat untuk parti itu.

Beliau menegaskan hala tuju UMNO pada masa kini tidak selari dengan perjuangannya.

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu turut meletak jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Bekas Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) sebelum ini menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pernah menyandang portfolio Menteri Pengajian Tinggi, Menteri Kewangan II serta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.

Beliau kemudian dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan pada Mei 1995, sebelum menyandang jawatan Menteri Kewangan II pada September 1998.

Selain menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, beliau pernah dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO pada 2000 sebelum diberikan tugas sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan serta Pengerusi Barisan Nasional Kelantan dari 2000 hingga 2004.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Mustapa Mohamed daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 21,665 undian ketika menentang Mohamad Hamid daripada parti Pas yang mendapat 15,018 undi. Majoriti undi sebanyak 6,647.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) (10 Mac 2020-kini)
  • Ahli Parlimen Jeli (2004-kini)
  • ADUN Air Lanas (2013-kini)
  • Menteri Perdagangan  Industri dan Antarabangsa (2009-2018)
  • Menteri Pengajian Tinggi (2006-2008)
  • ADUN Air Lanas (2004-2008)
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (2004-2006)
  • Menteri Kewangan kedua (1998-1999)
  • Menteri Pembangunan Usahawan (1995-1999)
  • Ahli Parlimen Jeli (1995-1999)
  • Timbalan Menteri Kewangan (1994)
  • Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan (1991)
  • Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin (1984-1991)
  • Pensyarah (Ekonomi Antarabangsa) Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) (1982-1984)
  • Pegawai Tabdir dan Diplomatik, Perbendaharaan (1974-1980)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Sertai Bersatu (2018-kini)
  • Ahli Majlis Tertinggi UMNO (1993-2018)
  • Ketua UMNO Bahagian Jeli (1995-2013)
  • Pengerusi Barisan Nasional Kelantan (2000 -2004)
  • Ketua Penerangan UMNO (2000)
  • Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan
Pendidikan:

Pencapaian akademik:

  • Sarjana Ekonomi Boston University, Amerika Syarikat 
  • Ijazah Sarjana Muda Ekonomi University of Melbourne, Australia
  • Maktab Sultan Ismail, Jalan Telipot, Kota Bharu
  • Sekolah Menengah Sains Sultan Mohammad Jiwa
  • Sekolah Inggeris Bachok
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P30 Jeli
  • PRU12- P30 Jeli
  • PRU13- P30 Jeli
  • PRU14- P30 Jeli

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P30 Jeli N37 Air Lanas
  • PRU13- P30 Jeli N37 Air Lanas
  • PRU14- P30 Jeli N37 Air Lanas